Panduan Pengedar Simkad ToneWoW

Pengedar Simkad Tonewow

Penerangan asas mengenai Pengedar Simkad Tonewow

Kelayakkan menjadi pengedar simkad.
1. Berumur 12 tahun keatas.
2. Mempunyai akaun bank sendiri.
3. Mempunyai phone sendiri.

Jenis-jenis simkad ToneWOW

Terdapat beberapa jenis Simkad Tonewow:

1. Tonewow (Push)
– Simkad ini berharga RM27.50 dipasaran, dan ia datang siap dengan nombornya sekali yang tertera di simkad tersebut.

2. Lite Pack (Lite Bernombor)
– Simkad ini berharga RM12.50 dipasaran, dan ia datang siap dengan nombornya sekali yang tertera di simkad tersebut.

3. Lite MNP.
– Simkad ini berharga RM12.50 dipasaran, dan ia datang tiada nombor.
– Kegunaan simkad untuk mengekalkan nombor lama kedalam simkad tonewow.

Install/Pasang aplikasi MyWOW

Perkara pertama yang anda perlu sebelum memulakan aktiviti sebagai pengedar simkad tonewow adalah memasang aplikasi MyWOW.

Aplikasi Mywow inilah yang menyimpan data penting mengenai:

– Keahlian anda seperti nombor ID Tonewow anda.
– Maklumat mengenai nombor phone anda seperti tarikh tamat tempoh, baki kredit, baki data internet.
– Maklumat peribadi.
– Maklumat komisyen.
– Dan yang paling penting, alat untuk mendaftarkan orang baru di bawah rangkaian anda.

Cara-cara untuk memasang aplikasi MyWOW ini.

1. Applikasi myWOW ini boleh diperolehi melalui PlayStore atau AppleStore.
toneexcel.net.my
toneexcel.net.my
2. Taip perkataan myWOW dan Install (Pasang)
toneexcel.net.my
3. Klik di applikasi myWOW anda
toneexcel.net.my
4. Masukkan IC anda (tanpa sengkang atau dash)
toneexcel.net.my
Masukkan password anda.
– Untuk yang pertama kali masuk, apps akan terus meminta anda buatkan 6 digit password anda sendiri.

– Kalau yang pernah menggunakan simkad ToneExcel sebelum atau sekarang ini, masukkan password toneexcel anda.

– Kalau anda terlupa password, klik di Forget password dan anda kena pilih ke nombor mana password sementara akan dihantarkan.

5. Selepas anda berjaya login ke dalamnya, ia akan keluar seperti ini, dan anda kena slide ke bawah.
toneexcel.net.my
6. Ia akan keluar seperti dibawah ini.
toneexcel.net.my
Fungsi-fungsi butang tersebut:

A – Adalah no. ID anda. Kalau di situ ditulis TWE maka ia adalah ID Tonewow anda. Jika ditulis M91-M- maka ia adalah ID ToneExcel anda. Sangat penting untuk anda ingat no. ID Tonewow anda, kerana jika anda ingin daftarkan orang baru, ID anda akan diperlukan.

B – Anda kena slide ke kanan, sebab kadang-kadang seseorang itu mempunyai banyak ID, lebih daripada satu ID.

C – Pangkat anda di dalam Tonewow ini.
D – Nama Anda.
E – Geonology – Sekiranya anda sudah ada pelanggan / downline, anda boleh lihat maklumat mereka di situ.

F – Downline Dashboard – Ringkasan mengenai downline anda.
G – Incentive – Komisyen semasa anda.
H – Profile details – Maklumat peribadi anda.
J – Usage – Makluamt no. phone, baki kredit, baki data internet, baki Voice call dan tarikh tamat tempoh.

K – Registration – Di sinilah tempat anda mendaftarkan orang baru.

L – WoWLet – Sesetengah kerja anda juga diberikan bonus tambahan dalam bentuk point wowlet. Point-point di sini boleh digunakan untuk membeli topup ke dalam handphone anda atau ke dalam handphone orang lain. Satu point bersamaan nilai RM1. Contohnya, setiap kali anda mendaftarkan orang baru, anda juga diberikan bonus dalam bentuk point WOWlet.

Pengetahuan asas kekal nombor lama (MNP)

Pengetahuan asas sebelum proses kekal nombor lama.
Mobile Number Portability (MNP) maknanya nombor telefon yang boleh dipindah2kan. Kita pula selalu sebut proses kekal nombor lama.

Untuk memindahkan nombor dari syarikat telekomunikasi (Telco) lain ke dalam simkad tonewow, pelanggan anda perlu mematuhi beberapa perkara asas. Jika perkara ini tidak dipenuhi, maka proses kekal nombor lama akan gagal atau ditolak atau reject.

Jika pengguna anda tadi menggunakan simkad PREPAID daripada telco lain,
1. Nama & No IC / Passport mestilah SAMA. Dengan kata lain, simkad telco tersebut dulu didaftarkan menggunakan IC dia sendiri.
2. Talian masih aktif, dan bukan dalam tempoh grace period.
3. ADA Kredit min RM3.00 (jgn tinggal RM0).
4. Kalau guna Celcom, sudah guna selama 3 bulan ke atas.
5. Kalau guna Maxis / Tunetalk / Umobile / ToneExcel / TonePlus dah guna selama 1 bulan ke atas.
6. Kalau guna XOX / Altel, dah guna selama 1 minggu ke atas.
7. TIADA HUTANG dengan telco lama seperti SOS TOPUP dan sebagainya. Sekiranya ada hutang, mesti diselesaikan terlebih dahulu.

Jika pengguna anda tadi menggunakan simkad POSTPAID (jenis bayar bil setiap bulan) daripada telco lain,
1. Nama & No IC mesti SAMA.
2. BIL yg sudah keluar WAJIB jelaskan dahulu Walaupun 1 sen. (Jangan ada hutang walaupun 1 sen)
3. TIADA Supplement / Principle number.

Dan pesan kepada pelanggan tersebut, jika kekalkan nombor lama postpaid ini berjaya, simkad dia akan jadi simkad prepaid dan dia kena topup. Tiada lagi bayar bil setiap bulan.

Jika simkad dia ada supplementary, maknanya satu akaun ada beberapa orang pakai nombor yang lain, dia kena asingkan menjadi priciple number, iaitu perlu satu akaun satu nombor sahaja, barulah proses kekal nombor lama tidak akan ditolak.

Sekiranya pelanggan anda tidak pasti atau tidak ingat simkad yang dia gunakan itu didaftarkan atas IC siapa, dia boleh check terlebih dahulu dengan telco masing-masing.

CELCOM
Cara 1 (SMS)
– Taip CHECK ID NO. Kad Pengenalan dan hantar ke 22099
– Contoh :- CHECK ID 890101081234

Cara 2 (CALL)
– Celcom Centre – 1300111000

MAXIS
Cara 1 (SMS)
– Taip NO. Kad Pengenalan dan hantar ke 22011
– Contoh :- 890101081234

Cara 2 (CALL)
– Call Centre – 1800821123

U-MOBILE
Cara 1 (SMS)
– Taip VERIFY NO. Kad Pengenalan dan hantar ke 28011
– Contoh :- VERIFY 890101081234

Cara 2 (CALL)
– U-Mobile Centre – 0183881318

TUNETALK
CALL CENTRE – 0105000969

ONEXOX
CALL CENTRE – 12273

Jika sudah sah yang simkad/nombor tersebut didaftarkan dengan menggunakan IC dia, barulah anda boleh memulakan proses permohonan kekal nombor lama.

Jenis simkad yang sesuai untuk MNP ini.

Simkad Lite MNP adalah simkad yang dikhususkan untuk pengguna yang belum ada akaun toneWOW lagi.
Simkad Special-MNP adalah simkad yang dikhususkan untuk pengguna yang sudah ada akaun tonewow.

Pendaftaran Kekal Nombor Lama – Pengguna Baru

Cara-cara mendaftarkan pengguna baru baru yang ingin menggunakan simkad tonewow dan ingin mengekalkan nombor lama.

Siapa pengguna baru?
Pengguna baru adalah pelanggan yang tak pernah join tonewow ini, termasuk pengguna toneexcel yang tak pernah menggunakan tonewow lagi. Mereka ini, jika nak menggunakan simkad tonewow dan nak mengekalkan nombor lama, mereka kena guna simkad lite-MNP.

Jadi terdapat 2 kes disini.

Kes Pertama: Pengguna baru tonewow yang ingin mengekalkan nombor lama mereka daripada telko2 lain, seperti Maxis, Celcom, TuneTalk, U-Mobile dll. (Tidak termasuk Digi)

Kes Kedua: Pengguna baru tonewow yang ingin mengekalkan nombor ToneExcel mereka. Yang ini tak boleh didaftarkan di bawah anda. Mereka akan kekal di bawah rangkaian asal mereka.

Kes Pertama: Pengguna baru tonewow yang ingin mengekalkan nombor lama mereka daripada telko2 lain

Persiapan dan langkah seterusnya:
1. Simkad yang perlu anda gunakan adalah simkad tonewow – Lite Pack (MNP).

2. Pastikan anda salin dahulu
a) No. SN iaitu 11 nombor terakhir yang terdapat di belakang simkad Lite Pack (MNP).
b) PUK simkad iaitu 8 nombor PUK yang juga ada di belakang simkad Lite Pack (MNP).
c) Nombor lama dan syarikat telekomunikasi lama beliau.

3. Kemudian, ambil gambar IC pelanggan anda secara menegak seperti di bawah ini. Pasti gambar kelihatan jelas no. ic, nama penuh dan alamat penuh, jangan ada silau.
toneexcel.net.my
4. Buka applikasi Mywow anda dan klik di Registration.
toneexcel.net.my
5. Selepas itu, klik di bahagian Register
toneexcel.net.my
6. Selepas itu, klik terus di Gallery
toneexcel.net.my
7. Pilih gambar IC pelanggan anda yang mula2 anda ambil tadi.
toneexcel.net.my
8. Adjust bucu putih hingga ke bucu gambar IC tersebut, selepas itu klik ‘tanda right’.
toneexcel.net.my
9. Selepas itu klik ‘Send OCR’
toneexcel.net.my
10. Sila periksa betul-betul nombor IC yang diberikan, jika betul barulah anda klik CONFIRM
toneexcel.net.my
11. Di bahagian ini, sila lihat di SEMUA bahagian bertanda * sahaja.
toneexcel.net.my
– Terutama Fullname* jika tidak betul, anda boleh betulkan di situ.

– Dibahagian email* jika anda tidak tahu email pelanggan anda, isikan sahaja dengan Na@gmail.com

– Jika ada pemberitahuan yang poskod adalah ‘Invalid Poscode’, ubah poskod kepada tempat yang berhampiran, sehingga keluar sendiri dibahagian Town* dan State*.

– Utk bahagian Billing Address anda boleh klik 2 kali di bahagian Use document address

– Selepas itu anda klik Next.

12. Selepas itu, ia akan keluar seperti dibawah ini.
toneexcel.net.my
– Di bahagian SIM Serial number* masukkan 11 digit terakhir serial number yang diambil daripada belakang simkad Lite MNP. Selepas itu klik 2 kali dibahagian Verify SIM Serial sehingga keluar perkataan LITE Pack (MNP)

– Jika keluar selain daripada LITE Pack (MNP) ini bermakna anda menggunakan simkad yang salah.

– SIM PUK* juga diperolehi di belakang simkad Lite MNP anda.

– Tolak button berwarna Hijau ke kenan.

– Mobile number (For Mobile Number Port-IN) dengan nombor lama yg ingin dikekalkan.

– Current Service Provider adalah line lama yg digunakan seperti Maxis/Celcom dll. Di dalam contoh ini katalah pelanggan anda menggunakan line Maxis.

– Di bahagian Promoter Information masukkan no. ID Tonewow TWE anda, kemudian klik 2 kali di bahagian Check sehingga keluar nama anda.

– Jika tidak keluar nama anda, ini bermakna anda telah memasukkan nombor ID yang salah, masukkan semula ID anda yang betul.

– Selepas tu anda klik Next.

13. Di bahagian ini anda tidak perlu isi apa2, terus sahaja klik Next.
toneexcel.net.my
14. Dibahagian ini, anda hanya tolak kedua2 button berwarna hijau ke kanan dan klik Register
toneexcel.net.my
15. Sehinggalah keluar penyataan seperti di bawah ini.
toneexcel.net.my
16. Bila sampai ketahap ini barulah anda serahkan simkad tersebut pelanggan anda.

17. Tidak lama lagi syarikat telekomunikasi lama mereka akan menghantar satu SMS yang dipanggil SMS Pengesahan kedalam simkad lama untuk mengesahkan yang ia benar2 ingin berpindah kepada ToneWOW.

18. SMS Pengesahan perlu dijawab dengan betul mengikut arahan yang diberikan dan dalam masa yang ditetapkan.

19. Setelah menjawab SMS Pengesahan tersebut, pelanggan perlu menunggu sehingga simkad lama tidak boleh digunakan lagi.

20. Apabila simkad lama sudah tidak boleh digunakan lagi, barulah masukkan simkad Tonewow Lite-MNP kedalam handphone. Dan sekarang simkad tersebut sudah pun menggunakan nombor daripada simkad yang lama.

21. Panduan cara menjawab SMS Pengesahan ada diberikan di sini. Panduan Pengguna untuk Kekal Nombor Lama. SMS Pengesahan

22. Sekiranya selepas 2 hari, masih belum menerima SMS Pengesahan, ini bermakna permohonan tersebut telah gagal.

23. Jika permohonan gagal, anda perlu mengetahui sebabnya. Jika disebabkan pelanggan tersebut terlambat untuk menjawab semula SMS yang dihantar oleh Syarikat Telekomunikasi mereka, maka anda perlu memohon semula menggunakan applikasi Mywow anda. Maklumat SN, PUK dan gambar IC telah pun anda ambil diperingkat awal.

24. Jika permohonan beliau gagal, anda boleh tolong check sebab apa permohonan tersebut gagal.

Caranya :
toneexcel.net.my
Masukkan nombor lama pelanggan anda tersebut di ruangan di bawah ini, dan klik di Search MNP Status 2 kali.
toneexcel.net.my
Di bawah ini merupakan contoh2 error yang akan keluar;
toneexcel.net.my
25. Lihat kepada error yang keluar, contoh di atas error code-nya adalah SP55. Sila rujuk di bahagian seterusnya untuk memahami tentang error2 code.

Kes Kedua: Pengguna baru tonewow yang ingin mengekalkan nombor ToneExcel mereka.

Kes ini, mereka ini tidak boleh didaftarkan di bawah anda. Mereka akan tetap akan kekal di bawah rangkaian lama mereka. Lebih elok suruh mereka buat sendiri. Cara2nya seperti di bawah ini.

Persiapan dan langkah seterusnya:
1. Simkad yang perlu anda gunakan adalah Simkad Lite MNP.

2. Ambil gambar IC anda secara menegak seperti di bawah ini terlebih dahulu menggunakan telefon. Pasti gambar kelihatan jelas no. ic, nama penuh dan alamat penuh, jangan ada silau.
toneexcel.net.my
3. Install applikasi myWOW melalui play store.
toneexcel.net.my
4. Masukkan No. IC anda tanpa sengkang atau dash.
toneexcel.net.my
5. Masukkan password toneexcel anda.
toneexcel.net.my
6. Klik di Registration
toneexcel.net.my
7. Klik di HIWOW
toneexcel.net.my
8. Klik di Gallery
toneexcel.net.my
9. Pilih gambar IC anda yang telah anda ambil sebelum ini. Adjust bucu ke bucu dan klik simbol Right.
toneexcel.net.my
10. Klik di send OCR
toneexcel.net.my
11. Klik NEXT
toneexcel.net.my
12. Klik anak panah kecil di sebelah kanan.
toneexcel.net.my
13. Pastikan anda pilih ID M91-M-xxxxxx yang bersesuaian dengan nombor toneexcel yang ingin anda kekalkan. Kemudian klik NEXT.
toneexcel.net.my
14. Masukkan 11 terakhir nombor SIM serial number dan nombor SIM PUK yang berada di belakang simkad Lite MNP anda. Klik Verify SIM Serial dua kali, dan pastikan keluar perkataan LITE Pack (MNP).

15. Jika keluar selain daripada itu, bermakna anda menggunakan simkad yang salah.

16. Tolak butang hijau MNP ke kanan dan klik Request OTP.

17. OTP – One Time Password adalah password yang dihantar melalui SMS ke dalam handphone yang ingin dikekalkan nombor lamanya. Password ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.
toneexcel.net.my
18. Apabila anda terima sahaja OTP melalui SMS, masukkan nombor OTP* kemudian tolak kedua-dua butang hijau kesebelah kanan dan Klik Confirm and Submit.
toneexcel.net.my
19. Apabila permohonan anda berjaya, ini bermakna Tonewow/Digi telah menghantar permohonan anda ke TuneTalk.

Tidak lama lagi tunetalk mereka akan menghantar satu SMS yang dipanggil SMS Pengesahan kedalam simkad toneexcel anda untuk mengesahkan yang anda benar2 ingin berpindah kepada ToneWOW.

Pastikan anda menjawab seperti arahan SMS tersebut dengan betul dalam masa yang ditetapkan.

20. Contoh sms yang akan anda terima:
toneexcel.net.my
SMS di dalam Bahasa Inggeris;
“Pls confirm your request to leave Tune Talk, reply Y or N before Tue Aug 04 02:29:59 MYT 2015 and send it to 2233”

Maknanya dalam Bahasa Malaysia;
“Tolong sahkan permohonan anda untuk meninggalkan Tune Talk, balas Y atau N sebelum Selasa Ogos 2;29 pagi MYT(Masa di Malaysia) 2015 dan hantarkan ke 2233”

21. Arahan dan Tindakan untuk anda ambil:
JANGAN reply daripada SMS yang dihantar, tetapi anda kena buka message SMS baru. Taipkan Y sahaja dan hantarkan ke 2233.

22. Selepas anda hantar Y ke 2233, tunggulah sehingga simkad toneexcel anda tidak boleh digunakan lagi.

23. Bila simkad toneexcel anda tidak boleh digunakan lagi, barulah anda masukkan simkad tonewow lite MNP tersebut dan sekarang simkad tersebut telah pun menggunakan nombor lama toneexcel anda.

24. Anda juga masih mengekalkan nombor ID lama anda, cuma dihadapannya sahaja berubah daripada M91-M kepada TWE. Jika di toneexcel dahulu anda sudah ada komisyen, anda tetap akan dapat komisyen seperti biasa.

25. Jika anda sibuk tidak sempat untuk reply Y ke 2233 dalam tempoh yang ditetapkan, tak mengapa, anda hanya perlu ulang semula proses permohonan ini daripada awal.

Pendaftaran Kekal Nombor Lama – Pengguna tonewow.

Cara-cara untuk mengekalkan nombor lama bagi pengguna simkad tonewow yang sedia ada.

Siapa pengguna simkad Tonewow?
Sesiapa sahaja yang sedang menggunakan simkad tonewow, termasuk agen toneexcel yang telah meng-hiwow-kan simkad tonewow mereka ke dalam ID toneexcel sebelum ini. Maksudnya kawan ni ada 1 id 2 nombor, 1 nombor toneexcel, satu lagi nombor tonewow. Mereka ini kena menggunakan simkad Special-MNP

Jadi terdapat 2 kes di sini.
Kes Pertama: Pengguna Tonewow yang ingin mengekalkan nombor lama mereka daripada telko2 lain, seperti Maxis, Celcom, TuneTalk, U-Mobile dll. (Tidak termasuk Digi)

Kes Kedua: Pengguna Tonewow yang ingin mengekalkan nombor ToneExcel mereka.

Kes Pertama: Pengguna Tonewow yang ingin mengekalkan nombor lama mereka daripada telko2 lain.
Persiapan dan langkah seterusnya:
1. Simkad yang perlu anda gunakan adalah Simkad Special MNP.

2. Pastikan anda salin dahulu.
a) No. SN iaitu 11 nombor terakhir yang terdapat di belakang simkad Lite Pack (MNP).
b) PUK simkad iaitu 8 nombor PUK yang juga ada di belakang simkad Lite Pack (MNP).
c) Nombor lama dan syarikat telekomunikasi lama beliau.

3. Masuk kedalam applikasi Mywow anda, klik di Registration dan kemudian di ToneWOW MNP Submission.
toneexcel.net.my
4. Dibahagian ini, masukkan ID tonewow pelanggan anda, dan klik Check 2 kali.
toneexcel.net.my

5. Pilih Current Service Provider – Iaitu telco/line yang digunakan sekarang.
6. Masukkan Phone Number* iaitu nombor lama yang ingin dikekalkan.
7. Masukkan SN dan PUK dari Simkad Special -MNP.
8. Klik Submit MNP Now.
9. Klik OK pada pengesahan.
toneexcel.net.my
panduantw.com
10. Apabila selesai, pesan kepada pelanggan anda, tidak lama lagi syarikat telekomunikasi lama mereka akan menghantar satu SMS yang dipanggil SMS Pengesahan kedalam simkad lama untuk mengesahkan yang dia benar2 ingin berpindah kepada ToneWOW.

11. SMS Pengesahan perlu dijawab dengan betul mengikut arahan yang diberikan dan dalam masa yang ditetapkan.

12. SETELAH menjawab SMS Pengesahan tersebut, pelanggan perlu menunggu sehingga simkad lama tidak boleh digunakan lagi.

13. Apabila simkad lama sudah tidak boleh digunakan lagi, BARULAH masukkan simkad Tonewow Special -MNP ke dalam handphone. Dan sekarang simkad tersebut sudah pun menggunakan nombor daripada simkad yang lama.

14. Suruh mereka rujuk cara-cara menjawab SMS pengesahan di https://toneexcel.net.my/panduan-menjawab-sms-pengesahan-kekal-nombor-lama

15. Apabila berjaya perpindahan nombor lama ke simkad special-mnp tersebut, maka simkad Special-MNP ini akan jadi simkad utama (primary) dan simkad tonewow asalnya yang lama akan menjadi simkad kedua (Secondary).

16. Di dalam tonewow, JAGA!, jangan sampai simkad primary expired. Jika expired, seluruh akaun akan jadi expired, sampai komisyen pun akan hangus.

17. Simkad secondry, semuanya ok, nak terus guna pun ok, dan expired kan pun ok, nak buang terus pun ok, tiada masalah, ia tidak mengganggu akaun toneow anda, ID TWE-xxxxx tetap akan hidup, dan komisyen kalau ada, tetap akan dapat.

Kes Kedua:
1. Dia sudah ada simkad tonewow bernombor, dulu dia buat HIWOW bernombor dan dia juga sudah ada akaun tunetalk/toneexcel. Kedua-dua nombor ini hanya menggunakan satu id sahaja, katalah id nya adalah TWE-xxxxx.

2. Katalah dalam toneexcel dan dalam tonewow, kedua2nya dia sudah dapat komisyen setiap bulan.

3. Tiba-tiba dia nak kekal nombor tunetalk/ToneExcel dia kedalam simkad Tonewow. Dia dah tak mahu lagi gunakan simkad tonewow bernombor tu.

4. Simkad yang perlu anda gunakan adalah Simkad Special MNP.

5. Masuk kedalam applikasi Mywow anda, klik di Registration dan kemudian di ToneWOW MNP Submission.
toneexcel.net.my
6. Di bahagian ini, masukkan ID tonewow pelanggan anda, dan klik Check 2 kali.toneexcel.net.my
7. Pilih Current Service Provider – Iaitu TUNETALK.
8. Masukkan Phone Number* iaitu nombor toneexcel yang ingin dikekalkan.
9. Masukkan SN dan PUK dari Simkad Special -MNP.
10. Klik Submit MNP Now.
11. Klik OK pada pengesahan.
12. Apabila selesai, pesan kepada pelanggan anda yang dia tidak lama lagi dia akan menerima satu SMS daripada TUNETALK. Ikut betul-betul arahan dalam SMS tu. Kalau tak salah saya, dulu cara menjawabnya, hantar satu message Y sahaja ke nombor 2233. Bukan dengan reply SMS tu, tetapi hantar ke nombor 2233.

13. SETELAH menghantar ke nombor 2233, pelanggan perlu menunggu sehingga simkad toneexcel tidak boleh digunakan lagi.

14. Apabila simkad toneexcel sudah tidak boleh digunakan lagi, BARULAH masukkan simkad Tonewow Special -MNP kedalam handphone. Dan sekarang simkad tersebut sudah pun menggunakan nombor daripada simkad yang lama.

15. Kalau mereka terlupa, suruh mereka rujuk cara-cara menjawab SMS pengesahan seperti di https://toneexcel.net.my/panduan-menjawab-sms-pengesahan-kekal-nombor-lama

16. Apabila berjaya perpindahan nombor lama ke simkad special-mnp tersebut, maka simkad Special-MNP ini akan jadi simkad utama (primary) dan simkad tonewow bernombornya yang lama akan menjadi simkad kedua (Secondary).

17. Di dalam tonewow, JAGA!, jangan sampai simkad primary expired. Jika expired, seluruh akaun akan jadi expired, sampai komisyen pun akan hangus.

18. Simkad secondry, semuanya ok, nak terus guna pun ok, dan expired kan pun ok, nak buang terus pun ok, tiada masalah, ia tidak mengganggu akaun toneow anda, ID TWE-xxxxx tetap akan hidup, dan komisyen dari kedua-duanya kalau ada, tetap akan dapat.

Pendaftaran Nombor Baru

Cara mendaftarkan pengguna baru yang ingin menggunakan simkad Tonewow bernombor baru.

Terdapat 2 kes disini.
Kes Pertama: Pengguna baru yang ingin menggunakan simkad Tonewow bernombor baru.
Kes Kedua: Ahli/pengguna ToneExcel yang ingin menggunakan simkad Tonewow bernombor baru.

Kes Pertama: Pengguna baru yang ingin menggunakan simkad Tonewow bernombor baru.
Persiapan dan langkah seterusnya:
1. Simkad yang perlu anda gunakan adalah simkad tonewow – Lite Pack (Bernombor).

2. Ambil gambar IC secara menegak terlebih dahulu, no. SN dan juga no. PUK.

3. Buka Aplikasi MyWoW dan login menggunakan IC anda. Apabila sudah berjaya masuk, klik di Registration.
toneexcel.net.my
4. Kemudian Klik di Register dan diikuti Gallery
toneexcel.net.my
5. Klik di gambar IC pelanggan anda. Adjust kedua2 bucu graf sehingga bucu gambar IC.
toneexcel.net.my
6. Selepas itu, klik di tanda Right dan seterusnya klik di Send OCR
toneexcel.net.my
7. Pastikan No. IC betul.
Nama kalau salah boleh dibetulkan kemudian.
Isikan semua bahagian yang bertanda *.
Jika pelanggan anda tiada email, isikan sahaja dengan NA@gmail.com
Bila selesai semua, klik NEXT.

toneexcel.net.my
8. Isikan SIM Serial number* yang diambil daripada belakang simkad ToneWOW. Ambil nombor 11 digit terakhir (Daripada belakang).
Selepas itu klik di Verify SIM Serial, sehingga ia keluar perkataan LITE Pack

toneexcel.net.my
9. Isikan SIM PUK* juga diambil daripada belakang simkad tonewow.
Isikan id ANDA diruangan TWE – dan klik di Check.
Pastikan keluar nama anda. Selepas itu klik NEXT

toneexcel.net.my
Bahagian ini tak perlu isi apa2, ia boleh diisi kemudian. Terus Klik NEXT.
Selepas itu tolak kedua-dua butang itu ke kanan. Akhir sekali Klik di REGISTER.

10. Jika keluar seperti ini, ini bermakna pendaftaran pengguna baru anda telah berjaya.
– Anda sudah boleh menyerahkan simkad tersebut kepada pelanggan anda.
toneexcel.net.my

Kes Kedua: Ahli/pengguna ToneExcel yang ingin menggunakan simkad Tonewow bernombor baru.
Persiapan dan langkah seterusnya:
1. Simkad yang perlu anda gunakan adalah simkad tonewow – Lite Pack (Bernombor).

2. Seperti biasa, ambil gambar, No. SN dan No. PUK.

3. Login kedalam mywow, klik di Registration, klik di HiWOW.
toneexcel.net.my
4. Klik di Gallery, masukkan gambar, adjust Send OCR, hingga keluar page ini dan Klik anak panah kecil di sebelah kanan. Kemudian pilih ID toneexcel yang ingin dipasangkan dengan nombor tonewow bernombor ini.
toneexcel.net.my
5. Masukkan no. SN dan PUK, Klik di Verify SIM Serial dan pastikan keluar perkataan LITE Pack.. Seterusnya klik di Request OTP.
toneexcel.net.my
6. Masukkan OTP yang diterima di dalam SMS No. toneexcel anda, tolak kedua butang hijau ke kanan dan klik di Confirm and Submit.
toneexcel.net.my
7. Apabila pendaftaran berjaya sahaja, ID toneexcel yang lama contohnya M91-M-888888 akan bertukar di hadapannya menjadi TWE-888888.

8. Ini bermakna satu ID TWE-888888 mempunyai 2 nombor, iaitu nombor ToneExcel dan nombor Tonewow yang baru.

9. Sekarang ini simkad Tonewow akan menjadi simkad utama (Primary) dan simkad Toneexcel akan menjadi simkad kedua (Secondry)

10. Jaga topup simkad primary anda jangan sampai expired, kalau expired akaun anda akan expired. Anda akan hilang semua komisyen samada dalam toneexcel dan juga dalam tonewow.

11. Simkad secondry, tak mengapa. Nak guna terus pun ok, nak bagi expired pun ok, ia tidak mengganggu komisyen anda di toneexcel atau tonewow.

Contoh2 error semasa MNP dan cara membuat aduan ke SKMM

Untuk mengetahu kenapa permohonan kekal nombor lama yang anda daftarkan sebelum ini di reject kan, anda hanya perlu:
* Login ke dalam MyWOW anda,
* Klik di Registration
* Klik di Check MNP Status.
toneexcel.net.my
* Masukkan no phone yang anda cuba MNP sebelum ini.
toneexcel.net.my
Kemudian akan keluar Kod mengapa ia reject, dan anda boleh rujuk kod reject tersebut di bawah ini.

Contoh2 Kod Reject yang ada.

SP10 – Nombor Kad pengenalan baru salah.
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP11 – Nombor Kad pengenalan lama salah.
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP12 – Nombor ID polis/tentera salah.
Remark/Resolution : Semak butiran Nombor ID Polis/Tentera pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP13 – Nombor Passport salah.
Remark/Resolution : Semak butiran Passport pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP51 – Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor asal.
Remark/Resolution : Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal) samada nombor tersebut mempunyai kontrak atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada. Sekiranya Kontrak sudah dibatalkan, Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP52 – Mempunyai akaun tertunggak.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran akaun yang tertunggak dengan Penyedia rangkaian sedia ada (Donor asal). Jika Boleh, lebihkan pembayaran bil. Sekiranya akaun telah dibersihkan dari tunggakan, Sila Re-submit semula Permohonan MNP.

SP54 – Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di daftar.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada (Donor asal) samada nombor tersebut adalah betul dari rangkaian yg didaftarkan. Setelah mendapat pengesahan, Sila Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP55 – Nombor telah tiada perkhidmatan.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan untuk MNP. Sekiranya nombor telah tiada perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi.

SP56 – Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama (Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya (Supplementary Line).
Remark/Resolution : Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke Penyedia Rangkaian sedia ada (Donor Asal) untuk tamatkan talian tambahan dan salah satu nombor dari talian tambahan tadi perlu mendaftar semula untuk menjadi Pemegang Akaun utama (Principal Line). Setelah proses berjaya, Permohonan MNP untuk nombor tadi boleh diRe-submit semula.

SP57 – Talian tambahan( Supplementary Line) mempunyai Pemegang akaun utama (Principal Line) yang perlu di alihkan.
Remark/Resolution : Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. Sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP58 – sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama.
Remark/Resolution : Pengguna Talian tambahan (Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai pengguna Utama (Principal subscriber) atau sebagai Pengguna individu. Sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP59 – Melebihi had Kredit.
Remark/Resolution : memastikan penggunaan perkhidmatan yang sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh operator rangkaian semasa.

SP61 – NOMBOR PELANGGAN ADALAH dihentikan sementara.
Remark/Resolution : Semak status dengan pembekal perkhidmatan semasa, pastikan nombor mudah alih adalah aktif yang berkaitan, masih dalam tempoh sah topup / masih ada sekurang-kurangnya kredit masa siaran min RM1.

SP71 – User TIDAK atau LAMBAT membalas SMS pengesahan port out daripada syarikat telekomunikasi asal.
Remark/Resolution : Re-submit semula permohonan MNP tersebut dan pastikan user membalas SMS pengesahan port out dengan kadar segera.

SP72 – User menjawab NO kepada SMS Pengesahan daripada syarikat telekomunikasi asal.
Remark/Resolution : Mohon buat semakan semula dengan pengguna dan submit semula.

– Jika sudah ikut semua syarat, tapi masih gagal nak kekal nombor lama, anda perlu bantu pelanggan anda untuk membuat aduan terus kepada SKMM/MCMC
KLIK DISINI – ADUAN MCMC.

Isikan borang seperti dibawah ini:
toneexcel.net.my

 

Rumusan Simkad, Penggunaan dan Status.

Rumusan simkad, penggunaan dan status:

toneexcel.net.my
Untuk status:
Primary (Utama): Simkad dan nombor yang perlu dijaga, jangan sampai expired. Jika expired seluruh akaun termasuk akaun toneexcel (jika ada) akan expired. Komisyen pun akan hilang daripada kedua-duanya.

Secondry (Kedua): Semuanya ok, nak terus guna pun ok, dan expired kan pun ok, nak buang terus pun ok, tiada masalah, ia tidak mengganggu akaun toneow anda, ID TWE-xxxxx tetap akan hidup, dan komisyen dari kedua-duanya (tonewow dan toneexcel) kalau ada, tetap akan dapat.

Jika anda masih kurang pasti, simkad anda yang mana satu primary atau secondry, masuk sahaja ke dalam member area anda dan check di my profile. Disitu ada tulis tentang status simkad anda.

toneexcel.net.my

Simkad Lite MNP adalah simkad yang dikhususkan untuk pengguna yang belum ada akaun tonewow lagi dan ingin mengekalkan nombor lama mereka.

Siapakah pengguna baru ini?
Pengguna baru adalah pelanggan yang tak pernah join tonewow ini, termasuk pengguna toneexcel yang tak pernah menggunakan tonewow lagi. Mereka ini, jika nak menggunakan simkad tonewow dan nak mengekalkan nombor lama, mereka kena guna simkad Lite-MNP.

Simkad Special-MNP adalah simkad yang dikhususkan untuk pengguna yang sudah ada akaun tonewow dan ingin mengekalkan nombor lama mereka.

Siapa pengguna yang sudah ada akaun tonewow?
Sesiapa sahaja yang sedang menggunakan simkad tonewow, termasuk agen toneexcel yang telah meng-HIWOW-kan simkad tonewow mereka ke dalam ID toneexcel sebelum ini. Maksudnya kawan ni ada 1 ID 2 nombor, 1 nombor toneexcel, satu lagi nombor tonewow.

Satu lagi perkara, mungkin menyebabkan ramai orang confius, cara kekal nombor lama dalam toneexcel berbeza dengan cara kekal nombor lama dalam tonewow. Dalam toneexcel, bila kita daftar, kita akan gunakan simkad toneexcel yang mendapat nombor sewaktu pendaftaran. Senang kata ia juga boleh dikatogorikan simkad bernombor.

Bila kita mahu kekalkan nombor lama, nombor tersebut akan berpindah terus ke dalam simkad toneexcel yang bernombor tadi. Nombor toneexcel yang ada akan hilang, digantikan dengan nombor yang kita kekalkan. Ia berlaku pada satu simkad sahaja, iaitu simkad toneexcel. Ia tidak membabitkan simkad kedua atau simkad tambahan.

Tetapi dalam Tonewow ia berbeza. Katakanlah anda dah register satu simkad tonewow bernombor. (Saya namakan simkad A lah katakan). Tiba2 teringin nak kekalkan nombor maxis lah katakan ke dalam simkad tonewow.

Nombor maxis tidak akan masuk ke dalam simkad A tadi, malah proses ini tidak akan ganggu simkad A tadi, ia tidak seperti toneexcel, di mana proses berlaku dalam satu simkad sahaja.

Untuk kekalkan nombor lama maxis ke dalam simkad tonewow, anda perlu siapkan simkad kedua (B).
Simkad kedua inilah (B) tempat nombor maxis akan masuk. Ia tidak ganggu simkad A tadi.
Simkad kedua inilah yang diperlukan samada Lite-MNP atau Special-MNP.

Bantuan

Bantuan Teknikal ToneWoW (War Room)- Wasap 010-5129768
Mengenai line Tonewow, pakej2 yang ditawarkan, masalah MNP, Port-In, Kekal Nombor Lama.
Hantarkan wasap ke Bantuan Teknikal ToneWoW atau dikenali sebagai War Room ke nombor 010-512-9768

Talian Khidmat Pelanggan ToneWoW – Tel: 011-5900-0969
Mengenai Komisyen, mengenai masalah akaun bank, mengenai ID expired.
Itu boleh dianggap perkara urgent, anda terus telefon ke
Talian Khidmat Pelanggan ToneWoW – 011-5900-0969
Atau datang terus ke

ToneWoW-HQ di alamat:
B-G-1, Jalan 3/149E, Taman Sri Endah,
Bangunan Endah Promenade,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur

Bahagian Pendaftaran Tonewow (BPT) – Wasap 011-5907-5555
Mengenai Shipment, mengenai pengaktifan/pendaftaran Tonewow,
Hantarkan wasap ke Bahagian Pendaftaran Tonewow (BPT) 011-5907-5555

Support-GMA – Wasap 011-59005555
Mengenai Program GMA (Group Mazelan Abas) – Seperti mengenai Report, mengenai permohonan Dealer GMA, nak tahu branch, permohonan web-replika.
Hantar wasap ke Support-GMA 011-5900-5555

Group-Support-Dealer.
Apa2 jua soalan umum mengenai bisnes Tonewow ini.
Anda boleh menyertai group Telegram ini, Tonewow GMA, dan ia terbuka untuk semua. Group dibuka oleh admin website ini (Saudara Mazelan Abas) dan dikendalikan oleh beberapa orang sifu dan otai bisnes Tonewow ini.

 

Kemaskini Akaun Bank didalam member area.

Pastikan anda sudah memasukkan maklumat akaun bank anda kepada Tonewow supaya mereka dapat memasukkan komisyen anda terus kedalam bank anda.

Ini adalah cara untuk memasukkan no. akaun bank anda supaya ToneWOW dapat memmasukkan komisyen kepada anda setiap bulan apabila anda sudah ada pelanggan kemudian.

Daripada maklumat inilah baru tonewow dapat menyalurkan komisyen terus kedalam bank akaun anda. Jika maklumat bank akaun disini kosong atau maklumat tersebut salah, walaupun anda layak mendapat komisyen, duit tidak akan masuk kedalam akaun bank anda.

Pertama sekali anda kena pergi ke website www.tonewow.net

Klik Disini untuk Login ke website anda.

Gunakan IC/passport, klik di ToneExcel dan masukkan password yang anda gunakan sebelum ini di MyWoW Apps untuk login.

toneexcel.net.my

* Lihat di My Profile dan scroll hingga ke bawah hingga jumpa bahagian Bank Account Information.
* Anda Klik dibahagian Update.
* Mereka akan menghantar OTP (One Time Password) kedalam handphone ToneWoW anda.
* Update bank dengan tepat.
* Jangan lupa SAVE.
* Selepas beberapa hari anda boleh check semula dan pastikan statusnya bertulis UPDATED.

toneexcel.net.my

 

Soalan jawab sebagai pengedar simkad tonewow.

Soalan: Apa itu MNP?
Jawapan: Mobile Number Portability (MNP) maknanya nombor telefon yang boleh dipindah2kan. Kita pula selalu sebut proses kekal nombor lama.

Soalan: Ada tak group wasap yang diwujudkan oleh memudahkan pengedar2 simkad tonewow ini bertanya atau bersembang untuk lebih memahami cara-cara untuk menjadi pengedar simkad yang lebih baik?
Jawapan: Group wasap tak ada, tapi group telegram ada, anda boleh join di SINI
Group-Support-Dealer. Apa2 jua soalan umum mengenai bisnes Tonewow ini.
Anda boleh menyertai group Telegram ini, Tonewow GMA, dan ia terbuka untuk semua. Group dibuka oleh admin GMA (Saudara Mazelan Abas) dan dikendalikan oleh beberapa orang sifu dan otai bisnes Tonewow ini.

Soalan: Dimana saya nak beli jenis2 simkad tersebut?
Jawapan: Anda boleh beli simkad2 ini melalui pos di SINI

Soalan: Saya ada simkad tunetalk toneexcel dan simkad tonewow di bawah satu ID. Jika saya nak expired kan simkad toneexcel. Adakah saya masih dpt komisen dari rangkaian simkad ToneExcel?
Jawapan: Ya masih dapat. Sebab simkad tonewow adalah simkad primary dan simkad tunetalk/toneexcel adalah simkad secondry.

Simkad secondry, semuanya ok, nak terus guna pun ok, dan expired kan pun ok, nak buang terus pun ok, tiada masalah, ia tidak mengganggu akaun toneow anda, id TWE-xxxxx tetap akan hidup, dan komisyen daripada kedua-duanya (toneexcel dan tonewow) kalau ada, tetap akan dapat.

x Logo: Shield
This Site Is Protected By
Shield