Insentif, Komisyen dan Bonus

Sebagai ahli WOW “Prepaid That Pays” Tone Excel ini, tujuan kita menyertai program ini adalah untuk mendapatkan manfaat, kelebihan, faedah dan keuntungan yang ditawarkan. Selain daripada freebies yang diberikan, Tone Excel menawarkan pelan pemasaran yang membolehkan ahli menjana pendapatan pasif melalui insentif, komisyen serta bonus kepada ahli-ahli yang mempromosi dan memasarkan simkad tone excel ini kepada pelanggan atau rakan niaga baru.

Ada 4 pendapatan yang bakal diperolehi oleh ahli dalam bentuk wang tunai yang akan di kreditkan terus ke akaun bank.

#1 : Bonus Fast Track (Direct Sponsor)

#2 : Bonus Referal Topup (3 level)

#3 : Bonus Tahunan

#4 : Rebat Peribadi

Untuk melayakkan ahli mendapat komisyen yang ditawarkan dalam program ini selain rebat peribadi, ahli hanya perlu topup minima RM20 sahaja sebulan.

#1 : BONUS FAST TRACK (Direct Sponsor Level 1)

Insentif Pendaftaran:

Struktur bayaran – Efektif 16 Januari 2017

Insentif Pendaftaran Pendapatan Aktif Fast Track

Apabila anda mengajak kawan anda sertai bisnes Tone Excel ini, anda akan mendapat insentif tajaan RM15, dan sekirannya rakan niaga anda itu melakukan tambah nilai kedua sebanyak RM30, anda akan memperolehi insentif tambahan sebanyak RM10. Insentif tajaan yang dipanggil Bonus Fast Track ini akan anda dapat sekali sahaja bagi setiap satu pendaftaran baru. Bonus ini akan dibayar terus ke akaun bank anda sebanyak dua kali sebulan iaitu pada 11hb dan pada hujung bulan 28hb/31hb bergantung kepada tarikh pendaftaran. Selain dari itu anda akan mendapat insentif tambahan sebanyak RM1.50 sekiranya anda mendaftar rakan niaga anda itu menggunakan ToneGroup Mobile Apps. Sila download dari Google Play Store dan install ke dalam smartphone anda untuk mendapatkan manfaat dan kelebihannya.

Fast Track A – untuk ahli baru yang didaftar pada 1-15hb, dibayar pada 30/31hb.

Fast Track B – untuk ahli baru yang didaftar pada 16-31hb, dibayar pada 11hb bulan berikutnya.

 

Jadual Pembayaran Insentif Tone Excel
Masa Pendaftaran Waktu Pembayaran 
   Fast Track A : 1-15hb    Hujung bulan yang sama (28/30/31hb)
   Fast Track B : 16-31hb    11hb bulan yang berikutnya

 2# BONUS REFERRALS TOPUP ( 3 level )

Keuntungan, Komisyen dan Insentif Runcit:

Bila anda memperkenalkan (sponsor) orang lain untuk menjadi ahli dan menggunakan prepaid ini, anda akan diberikan bonus setiap kali mereka topup, tak kiralah dari mana mereka membeli topup itu. Begitu juga apabila rakan niaga anda pula memperkenalkan orang lain untuk menyertai tone excel dan seterusnya. Bonus ini akan diperolehi berterusan setiap bulan selagi pelanggan atau rakan niaga dan rakan kepada rakan niaga anda itu terus topup dan menggunakan simkad tersebut. Kerja sekali, pendapatan berulang-ulang kali. Berikut adalah struktur komisyen yang akan anda terima:

Sekiranya topup peribadi bulanan anda melebihi >RM20 dan kurang daripada <RM60:

Level 1 (keuntungan runcit): Anda bakal menerima 6% daripada jumlah nilai topup rakan-rakan niaga anda.

Level 2 (komisyen runcit), Anda bakal menerima 3% daripada jumlah nilai topup rakan-rakan niaga anda.

Level 3 (insentif runcit), Anda bakal menerima 11% daripada jumlah nilai topup rakan-rakan niaga anda.

Sekiranya topup peribadi bulanan anda melebihi >RM60:

Level 1 : Anda bakal menerima 10% daripada jumlah nilai topup rakan-rakan niaga anda.

Level 2 : Anda bakal menerima 3% daripada jumlah nilai topup rakan-rakan niaga anda.

Level 3 : Anda bakal menerima 13% daripada jumlah nilai topup rakan-rakan niaga anda.

Pendapatan dari bonus ini adalah berulangkali 

Bonus topup refferal: keuntungan, komisyen dan insentif

Contoh bagaimana penyata bonus ditunjukkan di dalam ewallet di member area.

Berikut adalah screenshot transaksi Insentif Runcit Level 3 dari web ahli Tone Excel.

Insentif Runcit Level 3

Ini bermakna jika topup peribadi anda lebih daripada RM60 sebulan, anda akan mendapat komisen lebih tinggi!

Potensi Pendapatan Duplikasi 10 rakan niaga

Bayaran komisyen ini akan dilakukan pada setiap 21 hari bulan terus ke akaun bank anda dengan syarat anda dah ada komisyen minima RM30.

Ini adalah  screenshot bonus yang telah dibayar oleh ToneExcel kepada ahlinya. Bayaran dibuat lebih awal 

Jadi, jangan bertangguh lagi. Sebab peluang bisnes prepaid Tune Talk memang mudah sebenarnya. Sebab bila difikirkan, sudah berapa lama kita menggunakan handphone dan tak pernah miss bayar bil atau beli topup. Tapi, apakah kita dapat keuntungan berbentuk wang ringgit selain mengumpul mata ganjaran untuk ditebus dengan pelbagai hadiah termasuk tiket Air Asia?

Jadilah pengguna bijak. Seboleh mungkin dapatkan manfaat maksima dari setiap sen yang kita belanjakan. Boleh daftar free di sini dulu dan jadi ahli bila anda sudah benar-benar bersedia. Dan, jangan segan untuk hubungi saya jika ada sebarang persoalan.

#3 : BONUS TAHUNAN

Ini adalah bonus tahunan yang akan dikira setiap bulan berdasarkan jumlah bilangan ahli baru yang ditaja mengikut peratusan tertentu dan dibayar kepada ahli di awal tahun berikutnya.

WOW memang hebat, seperti menerima durian runtuh.

Bonus bulanan akan dikira berdasarkan penajaan peribadi setiap bulan, dan ia akan dikumpulkan dan diberikan kepada kita pada bulan January tahun berikutnya.

Jika anda menaja (direct sponsor)
1 orang, anda akan dapat bonus tambahan sebanyak 1% dari jumlah keseluruhan komisyen Topup anda bulan itu.

5 orang, anda akan dapat bonus tambahan sebanyak 5% dari jumlah keseluruhan komisyen Topup anda bulan itu.

10 orang, anda akan dapat bonus tambahan sebanyak 10% dari jumlah keseluruhan komisyen Topup anda bulan itu.

20 orang atau lebih, anda akan dapat bonus tambahan sebanyak 20% dari jumlah keseluruhan komisyen Topup anda bulan itu.

#4 : PERSONAL REBATE

 

Ini adalah satu lagi penambahbaikan terbaru yang telah diberikan pihak toneexcel kepada pengguna setianya.

Apabila anda topup RM30 keatas pada setiap bulan, anda akan layak untuk menerima rebat 1% untuk setiap nilai topup anda. Sangat sesuai untuk mereka yang hanya ingin menjadi pengguna simkad tone excel sahaja.

Jika setiap bulan anda topup sebanyak RM30, secara tak langsung anda mendapat rebat sebanyak RM0.10. Ya, memang nilainya agak rendah tetapi pastinya tiada telco lain yang sudi memberikan rebat berbentuk wang tunai seperti ini kan?

Kalau nak beli topup dengan harga diskaun dan mudah, boleh rujuk projekduit disini. Anda akan dapat penjimatan dan keuntungan berganda.

#5 : Hadiah Percuma sempena pelbagai promosi dari masa ke semasa oleh pihak Toneexcel

Dari masa ke semasa, pihak Tone excel akan menjalankan pelbagai kempen dan promosi. Antaranya ialah:

5.1 Promosi pakej umrah percuma

5.2 Promosi kereta percuma

5.3 Promosi cabutan bertuah

dan banyak lagi..

x Shield Logo
This Site Is Protected By
The Shield →