Apa Itu Tone Excel?

Simkad Tune Talk Tone Excel

Simkad Tune Talk Tone Excel

Inilah simkad Tone Excel yang mempunyai berbagai kelebihan yang tidak terdapat pada simkad-simkad yang lain. Kelebihan yang paling ketara adalah bagaimana anda boleh menjana pendapatan berterusan tanpa henti setiap bulan dengan hanya bermodalkan simkad ini sahaja. Tetapi sebelum itu, mari kita berkenalan dengan simkad ajaib abad ini terlebih dahulu.

Asal Usul Simkad Tone Excel

Tune Talk Mobile Prepaid Official TelcoTone Excel adalah simkad telefon prepaid yang dikeluarkan oleh syarikat Tone Group yang ditubuhkan pada 1.4.2010. Simkad Tone Excel menggunakan talian daripada Tune Talk yang menggunakan prasarana daripada Celcom. TuneTalk pula dimiliki oleh Tune Group yang juga memiliki AirAsia dan Tune Hotel.

 

Apa fungsi simkad Tone Excel ini?

Simkad Tone Excel berfungsi sama dengan simkad-simkad telefon lain yang berada di luar sana, boleh call in, call out, data internet, berwhatsapp, berfacebook, berwechat, berinstagram, berSMS, dan juga boleh digunakan di luar negara. Disebabkan ia menggunakan prasarana dari Celcom, jadi di mana ada line Celcom di situ simkad Tone Excel boleh digunakan.

 

Apa kelebihan simkad Tone Excel ini?
    • Yang terbesar sekali, yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kompani talian telefon di Malaysia, malah di dunia sekali, syarikat Tone Excel memberikan komisyen kepada pengguna simkad Tone Excel sekiranya mereka mempromosikan, mengedar dan menjual simkad ini kepada orang lain.
    • Setiap kali anda melakukan topup peribadi, duit anda akan dikembalikan ke dalam bank sebanyak 1% atau 7%. Cash back 1% untuk topup peribadi biasa manakala 7% untuk auto topup melebihi RM50.
    • Anda diberikan perlindungan insuran kemalangan sebanyak RM50,000 oleh Etiqa Takaful PERCUMA, tanpa perlu membayar apa-apa premium bulanan. (Terma dan syarat).
    • Setiap kali anda topup, anda akan diberikan point (mata ganjaran), di mana point-point tersebut boleh ditebus keppada barangan tertentu atau membeli tiket kapal terbang AirAsia dan juga penempahan bilik di Tune Hotel.
    • Anda berpeluang memenangi hadiah kereta dan barangan bernilai lain setiap hujung tahun di dalam cabutan bertuah.
    • Anda boleh kekalkan nombor yang anda gunakan sekarang menggantikan nombor yang ada pada simkad tone excel ini.
Simkad ini prepaid atau postpaid?
Tone Excel hanya mengeluarkan simkad prepaid sahaja.
Dimana ada jual topup untuk simkad Tone Excel ini?
Dealer Jual Topup dan bank yang mengambil bahagianTopup simkad Tone Excel menggunakan topup Tune Talk, dan topup Tune Talk boleh didapati diseluruh Malaysia di mana-mana sahaja yang ada kedai jual topup handphone. Topup Tune Talk juga boleh dibeli secara online melalui maybank2u ataupun cimbclick.
Contohnya:
    • Jika anda topup RM30, anda akan dapat kredit/airtime sebanyak RM30 (utk sebulan) dan tambahan data internet sebanyak 4.0GB PERCUMA (utk 15 hari).
    • Jika anda topup RM50, anda akan dapat kredit/air time sebanyak RM50 (utk 50 hari), tambahan data internet sebanyak 8.0 GB PERCUMA(utk 15 hari).
Saya sayangkan nombor lama saya, boleh kekalkan atau tidak?

Boleh dikekalkan, malah jika anda kekalkan nombor yang anda gunakan sekarang menggantikan nombor yang ada pada simkad Tone Excel ini, anda berpeluang menang cabutan bertuah yang akan diadakan setiap hujung tahun.

    • Tahun 2014 hadiahnya, sebuah Proton Preve dan sebuah Persona.
    • Tahun lepas 2015 hadiahnya 5 buah kereta MyVi.
    • Tahun 2016 hadiahnya sebuah kereta BMW 3 Series dan sebuah SuperBike Kawasaki Vulcan-S.
    • Tahun 2017 ini, hadiahnya ialah Wang Tunai RM1,000,000.00 (RM1Juta). Road to be a Millionaire

Maknanya jika anda menjadi pengguna simkad Tone Excel hari ini, dan mengekalkan nombor lama, kemungkinan anda yang akan membawa pulang Wang Tunai RM1 juta tersebut. 

Mana nak tahu, tuah ayam nampak di kaki, tuah anda mungkin dalam simkad Tone Excel ini. Syaratnya hanyalah menjadi pengguna simkad Tone Excel dan kekalkan nombor lama.

Kempen Cabutan Bertuah Tahunan RM1Juta

Berapa harga sekeping simkad Tone Excel ini? 
Harga siling sekeping simkad Tune Talk Tone Excel ialah RM98.60 (termasuk GST), tetapi dengan RM100.00, anda akan mendapat daripada saya.
1. Simkad Tone Excel (tersedia kredit RM30 dan data internet 4GB, PERCUMA) 
2. Buku Panduan Penggunaan Simkad
3. Buku Panduan Bisnes Tone Excel
4. Buku Promosi : Kerja sampingan yang mudah untuk Menaikkan Kewangan Anda.
5. Notis Pemberitahuan : Promosi Terkini.
6. Certificate Insuran Kemalangan dari Etiqa Takaful
7. Borang Claim Insuran
8. Borang Penama Tuntutan insuran.
Kadar Panggilan Tempatan

Kadar tetap untuk panggilan dan SMS ke mana-mana nombor dalam Malaysia. Anda tidak perlu risau tentang kadar apabila membuat panggilan ke rangkaian lain. Sungguh mudah!

Nota:

  • Kadar panggilan hanya untuk panggilan ke nombor tempatan
  • Tidak termasuk panggilan ke nombor satelit dan premium
  • Semua panggilan berdasarkan blok 60-saat sekali panggil
  • Kadar sah dari 1 March 2018 sehingga notis seterusnya
  • Tone Group berhak menukar / menarik kembali promosi ini tanpa sebarang notis
Adakah simkad ini sudah boleh digunakan terus jika saya membeli?
Belum lagi, anda perlu aktif dan daftarkan simkad ini terlebih dahulu. Proses ini teramat mudah dan anda boleh lakukan sendiri. Anda boleh belajar cara mengaktifkan simkad anda di SINI
Macamana nak check baki kredit atau baki data?

*133# dan dail untuk check baki kredit
*134# dan dail untuk check baki data

Macamana saya nak langgan data menggunakan kredit yang ada?
UNTUK MENGAKTIFKAN PELAN DATA, HANTARKAN KATA KUNCI YANG BERKENAAN (1.5G, 3G, 3GW ATAU 500MB) KE 2222.

Nota:

  • Jika berlaku keadaan di mana akaun prabayar Ahli tidak mempunyai baki yang cukup untuk proses pembaharuan pelan data automatik, langganan pakej Ahli akan terhenti sehingga Top Up dilakukan dan akaunnya mempunyai baki mencukupi, barulah pembaharuan pelan akan dilakukan secara automatik.
  • Untuk mengaktifkan pelan data, hantarkan kata kunci 1.5G, 3G, 3GW ATAU 500MB ke 2222
  • Untuk memeriksa baki kuota data, hantarkan kata kunci yang berkenaan (contohnya 3G STATUS) mengikut pelan data anda ke 2222
  • Jika anda telah menghabiskan kuota data anda, anda boleh membeli data tambahan dengan menghantar kata kunci yang berkenaan mengikut pelan data anda ke 2222:
    PELAN DATA YANG DILANGGAN TAMBAHAN DATA/MINIT KADAR KATA KUNCI TEMPOH SAH
    [Bulanan] 1.5GB 1.5 GB RM28 1.5G ADD 30 Hari
    [Bulanan] 3GB 3 GB RM50 3G ADD 30 Hari
  • Data yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan
  • Untuk berhenti melanggan, hantarkan kata kunci yang berkenaan (3G STOP) mengikut pelan data anda ke 2222
  • Pengguna hanya boleh melanggan satu (1) pelan data sahaja pada setiap satu masa

Sila ambil perhatian bahawa setiap SMS yang dihantar ke 2222 akan di caj RM0.20

Dapatkan simkad toneexcel pertama anda sekarang!

x Shield Logo
This Site Is Protected By
The Shield →