Rahsia Buka 3 Akaun. Betul ke Rahsia?
Salam sejahtera rakan2 semua.
Hari ini saya ingin kongsikan satu rahsia yang menyebabkan komisyen saya naik secara mendadak dan maksimum. Teknik ini mula-mula saya tak terfikir, tetapi selepas beberapa bulan, baru saya terfikir sendiri, dan terus mengaplikasikannya.
Pada awalnya saya hanya buka satu akaun sahaja, selepas itu saya dah sponsor hampir 80 orang sahabat di Level-1, tiba2 saya terfikir, disebabkan ToneExcel membenarkan kita membuka sehingga 10 akaun dengan menggunakan nama, IC yang sama, jadi saya fikir kenapa saya tak tambah lagi 2 akaun, maka komisyen saya akan pergi menjadi maksimum. Waktu tu terus saya buka lagi 2 akaun menjadi 3 akaun. Cucuk sate jawabnya. Barulah selepas itu kalau saya dapat rakan baru, saya letakkan dibawah akaun ke-3. BedeBoooooooooM, komisyen saya naik macam roket.
Rupanya idea saya ini telah di aplikasikan oleh ramai orang diperingkat awal, cuma saya sorang je tak tahu. Apalagi, saya pun ceritalah dekat network saya, maka ramailah yang buka 3 akaun, cucuk sate dan kemudian mereka pun buat perkara yang sama, kembangkan di bawah akaun yang ketiga sahaja.
Bila saya aktifkan menasihatkan kepada downline saya buka 3 akaun, saya dapat komplain dari ramai orang-orang lama, jangan ceritakan “rahsia” ini, biar kita buka 3 akaun, tapi pada downline, jangan cerita, cerita hanya pada orang yang nak buat betul-betul saje. Saya cakap downline saya semua nak buat betu-betul, kalau nak buat main-main saya tak akan suruh mereka buat Tone Excel ini, saya sendiri akan halang mereka dari join Tone Excel ini. Tone Excel ini bukan untuk orang yang nak buat main-main. Kalau nak main-main, main jauh-jauh. Bukan di sini. Kalau nak simkad jimat pakai simkad Tune Talk biasa tu, harga simkadnya RM5 sekeping sahaja, calling ratenya murah, smsnya paling murah dalam dunia. Tone Excel bukan untuk berjimat, tetapi simkad Tone Excel ini untuk orang yang nak buat duit.
Mungkin anda sendiri pernah jumpa, berapa ramai orang yang buat Tone Excel ini secara main-main, ada yang berjaya ke? Ada yang keluar masuk Tone Excel ini lebih 7 kali pun ada. Masuk TE, selepas taja 2/3 orang, buat bisnes lain, simkad TE expired, bisnes lain tak jalan, join semula TE, dapat ID baru, start menaja orang semula, dapat 2/3 orang, buat bisnes lain, simkad TE expired, bisnes lain tak jalan, join semula TE, dapat ID baru, start menaja orang semula, dapat 2/3 orang, buat bisnes lain, simkad TE expired, bisnes lain tak jalan, join semula TE, dapat ID baru, start menaja orang semula, dapat 2/3 orang, buat bisnes lain, simkad TE expired, bisnes lain tak jalan, join semula TE, dapat ID baru, start menaja orang semula, dapat 2/3 orang, sampai penatlah saya copy paste dan tengok muka sahabat tersebut, kejap ada kejap tak ada, macam biskut marry. Mungkin cara ini adalah cara rahsia dia berjaya.. .. cara rahsia yang saya masih tak tahu, tak belajar lagi dan tak nampak hasilnya.
Akhirnya saya kata pada rakan-rakan yang lebih senior dalam Tone Excel, tak apalah, saya hanya ajar buka 3 akaun ini kepada group saya sahaja, group Mazelan Abas, sebab bagi saya ini bukan rahsia untuk saya, kalau cara ini memberi kebaikan kepada saya, pasti ia membawa kebaikan kepada orang lain, tiada rahsia bagi kami. Walau pun begitu, di dalam rangkaian saya, ada yang ikut dan ada yang tak ikut cara ini. Saya pernah buat kajian tentang keseluruhan network saya ketika itu, (ketika itu tak lah besar sangat, masih boleh kira-kira dengan tangan lagi), saya dapati, ada 2 katogori dalam level-1 saya.
Satu, yang buka satu akaun, dan yang satu lagi, buka 3 akaun.
Selepas 6 bulan sahaja, 65% yang buka 1 akaun, simkad mereka akan expired dan mereka tak berjaya pun dalam bisnes ini. Yang baki 35% ini, berjaya dapat komisyen yang besar di mana mereka akhirnya akan buka 3 akaun, dan sebahagian besarnya selalu jumpa saya, mereka kata, menyesal tak buka 3 akaun awal-awal. Kalau anda tak percaya, lihat dalam facebook, cari orang-orang yang dah berjaya dalam Tone Excel ini, call mereka sendiri, dan tanya bagus ke tak bagus buka 3 akaun ini. Sendiri tanya sendiri tahu, tapi jalan mudahnya, percaya saje cakap saya dan buka 3 akaun, kalau anda tak buat pun, saya 21hb masih dapat komisyen hingga ke hari ini. Maksudnya, buka 3 akaun untuk mempercapatkan komisyen anda naik, bukan komisyen saya, komisyen saya dah memang sedia naik setiap bulan.
Bagi yang buka 3 akaun di peringkat awal, saya dapati 95% daripadanya kekal dan konsisten dalam Tone Excel ini, hanya sebahagian kecil sahaja yang terkeluar. Saya kaji yang 5% tu, kenapa 3 akaun pun masih terkeluar, saya dapati mereka ini cuba nak pakai tiga-tiga simkad tersebut. OOOooo jangan buat macam tu. Walau pun saya register 3 akaun, tiga-tiga nama saya, tiga-tiga guna IC saya, tiga-tiga pakai no akaun bank saya yang sama, tapi saya tak pakai ketiga-tiga simkad tersebut. Saya tetap pakai satu simkad sahaja, satu lagi saya bagi isteri saya, satu lagi saya bagi anak saya pakai. Saya tetap pegang satu prinsip, saya pakai satu simkad sahaja.
Kalau saya selalu cerita ratus-ratus ribu komisyen dalam Tone Excel ini setiap bulan, itu maknanya saya campurkan komisyen ketiga-tiga akaun tersebut. Sebab apa, sebab ketiga-tiga komisyen tu masuk pun dalam satu bank akaun saya sahaja. Disebabkan saya sendiri sudah menikmati komisyen yang tinggi hasil buka 3 akaun, maka sesiapa yang nak rasa komisyen yang saya dapat hari ini suatu hari nanti, maka anda kena buat perkara yang saya buat dulu, kena ikut jalan yang saya lalui dahulu, baru sampai ke tempat ini, maka anda saya mestikan buka 3 akaun. Kalau anda tanya, kalau saya tak nak buka 3 akaun apa jadi? Saya jawab, tak jadi apa-apa la. Itu saje.
Kalau ada seseorang tanya saya macamana nak pergi rumah En Mazelan, saya kata, jalan depan sikit, bila nampak ada longkang besar, ada jambatan, lepas jambatan belok kanan, itu rumah saya.
Kalau orang tu tanya, kalau saya tak nak belok kanan, saya nak belok kiri, apa jadi? Saya jawab, tak jadi apa-apa la, tak sampai rumah saya sahaja la, cumanya saya rasa encik masuk longkang je… he he he sebab encik tanya rumah saya, bukan tanya kat mana nak masuk longkang.
Untuk memahami lebih mendalam tentang konsep 3 akaun ini, anda pastikan lihat kedua2 video ini sampai habis.