Sifat Orang Berjaya: Mereka Ada Matlamat
Salam sejahtera sahabat saya yang muliakan …
Salah satu sifat orang berjaya mereka mempunyai matlamat yang jelas ke mana arah untuk dituju sebelum mereka memulakan perjalanan lagi.
Saya pun tiru perangai mereka yang berjaya.
Dalam bidang kewangan, salah satu target untuk saya tahun 2017 adalah, pada 4/1/2018 jam 12 tengahari, komisyen topup saya akan memcecah RM1,118,694.00. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.
Berterima kasih sebelum mencapainya.
Anda dah ada matlamat atau target 2017 ini? Carilah satu kalau belum ada lagi.
Bayangkan kalau orang naik kereta, kereta dah bergerak pun, bila kita tanya, nak pergi mana? Dia jawab, “tak tahu nak pegi mana”. Agak-agak dia sampai ke mana? Dia akan sampai di mana ada jalan tar yang dibuatkan oleh JKR.
Jika kita tidak tentukan tujuan dalam hidup, kehidupan kita akan ditentukan oleh orang lain.
Jika kita tidak bertindak untuk capai kehidupan yang kita suka, orang lain akan bertindak memilihkan bentuk kehidupan untuk kita yang terpaksa kita terima.
Anda sudah ada target yang ditampalkan di dinding? Ada? Tak ada? Tak fikir boleh dapat? Malu nak tampal, takut orang nampak? Malu pada siapa? Malu pada orang? Adakah orang itu bantu anda bila anda tidak cukup duit untuk bayar sewa rumah bulan lepas? Dengan orang anda malu, dengan anak/isteri anda tak malu? Salah cara macam tu bro.
Saya pernah buat untuk capai suatu matlamat, di mana ketika itu satu dunia fikir saya tidak boleh mencapainya.
Dulu masa saya papa kedana, hutang keliling pinggang, saya ada tampal satu gambar kereta BMW 3 series, habis semua orang ketawakan. Dulu masa saya masih belajar lagi, sewa satu bilik 6 orang, saya ada tampal satu kertas yang bertulis, dengan izin Allah, jika umur saya sampai 40 tahun, saya akan sihat, gembira, tidak bekerja dan banyak duit. Habis semua kawan sebilik ketawakan.
Sekarang, sesekali bila sampai 21hb bila komisyen Tone Excel masuk, saya buka hp di dalam kereta BMW 5-series saya yang saya beli secara cash, bila lihat komisyen ratusan ribu ringgit masuk ke dalam bank akaun saya, saya ketawa sendiri, tersenyum dan pandang ke atas, sambil berkata, Ya Allah, engkau terlalu baik pada hambaMu yang selalu buat salah ini dan Engkau tidak pernah mungkir janji pada janjimu sendiri. Barang siapa yang menetapkan matlamat yang membawa kebaikan untuk dirinya dan orang lain, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya, mustahil tidak ditunjukkan jalanMu.
The dream is free, the journey is not. Just pay the fare.
Saya ada tampal satu lagi kertas kat dinding, sapa nak ketawakan, ketawalah, sapa nak ikut, jom kita pakat-pakat tampal kertas kat dinding… tapi buruk sikit la dinding kita.
Kata-kata Hikmat
Yang membuatkan seseorang itu berjaya adalah kerana mereka mempunyai matlamat dan tujuan hidup yang jelas seperti apa yang mereka inginkan pada satu, dua atau tiga tahun kehadapan dengan berbekalkan impian dan semangat yang tidak pernah mengalah.
Sekali anda mengerjakan sesuatu, janganlah kamu takut gagal dan jangan tinggalkan itu kerana semakin hampir anda menghampiri kejayaan, semakin hebat pula ujian yang perlu anda lalui untuk kamu terus matang dalam menghadapi masa depanmu yang indah kerna di balik tingginya pendakian gunung terdapat keindahan seluas mata memandang ketika dipuncaknya.
Ketika kamu terhimpit, janganlah menjerit. Jangan berkeluh kesah, seakan kamu sudah putus asa. Berdoalah dengan keyakinan dan mintalah jalan keluar! Bukalah mata dan mulailah mencari jalan penyelesaian, keistimewaan dari sebuah kehidupan adalah menjadi dirimu sendiri dengan cara bersemangat, yakin, syukur dan ikhlas, maka itulah nilai sebenar dirimu yang akan mampu mengubah masa depanmu, teruskan hidupmu dengan syukur, yakin dan semangat yang tidak pernah mengalah untuk hidupmu sendiri…kamu itu aku