Sikap Penentu Kejayaan

Salam sejahtera semua,

Ramai yang beritahu saya yang mereka dah buat Tone Excel dan lebih dari setahun dan pendapatan rata-ratanya sudah mencecah empat atau lima angka sebulan. Tak hairanlah mengapa Tone Excel membayar komisyen dalam lingkungan 15 juta ringgit setiap bulan kepada agen-agen kita semua. Tak hairan pula pada bulan November 2016, kecoh sedikit apabila agen-agen Tone Excel dikejar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kerana memang ramai yang berpendapatan lumayan dalam Tone Excel ini.

Tetapi ramai juga yang dah buat Tone Excel ini, dah lebih 2, 3 tahun, komisyen RM500 pun masih tak sampai lagi.

Target setiap orang adalah berbeza, ada yang target dengan jumlah duit, lagi besar nafsunya, lagi besarlah jumlah duitnya, sebab itu mereka ini berapa banyak pun komisyen yang diperolehi dalam Tone Excel, tetap tidak cukup dan tetap belum mencapai target lagi.

Sebaiknya, letakkan perkara terbesar maknanya dalam hidup kita sebagai target untuk dicapai.

Saya pernah didatangi oleh seorang “Hero yang tidak didendang” dalam Tone Excel ini, dia jumpa saya, peluk saya, dia ucap terima kasih pada saya dan dia bagi satu hadiah yang sangat memberi pengajaran dalam hidup saya. Dia bagi kertas target yang dia tampal kat dinding masa mula-mula buat Tone Excel 2011 dulu. Bila saya baca kertas target tu, hati saya sebak, kerana diketemukan dengan orang hebat seperti dia dalam dunia ini. Kertas yang sudah lusuh dan koyak-koyak sedikit itu tertulis

“Aku mesti mahu capai satu jumlah komisyen yang cukup untuk aku berhenti kerja. Ya Allah aku mahu sangat jaga emak yang tua dan seorang diri kat kampung.”

Dia bagi kertas tu kat saya sebagai kenangan kerana dia sudah tidak memerlukan kertas target tersebut, kerana dia sudah capai apa yang diimpikan. Dia dapat jaga emak dia sepenuh masa, dia tak kerja lagi, dia dapat teruskan hidup yang selasa, semua dari rezeki yang Tuhan beri setiap 21hb melalui komisyen Tone Excel ini. Emak dia kembali ke rahmatullah penghujung 2014. Semenjak itu dia simpan dan memang nak bagi kertas target itu bila ada peluang berjumpa saya. Akhirnya baru-baru ini saya berpeluang dan satu penghormatan bila diketemukan dengan orang hebat seperti dia dalam satu perjumpaan yang tidak disangaka-sangka. Dekat air port Pengkalan Chepa Kelantan, waktu saya duduk seorang diri tengah hisap rokok. Itu merupakan pengalaman hebat dalam hidup saya.

Saya ada buat sedikit kajian tentang mereka yang dah capai target berbanding mereka yang belum mencapai target. Apa yang saya dapati, terdapat perbezaan yang amat ketara dari segi SIKAP mereka ini.

Yang dah capai target: Dahulu sebelum mencapai target, dekat bilik tidur mereka BERANI tampal kertas bertulis, “Saya nak capai RM20,000 sebulan dalam Tone Excel ini, untuk tanggung kos perubatan anak saya yang sakit”. Sedangkan waktu itu mereka baru saje join Tone Excel dan belum ada income lagi pun.
Yang belum capai: Tiada lekat apa-apa kertas, TAKUT dinding kotor dan TAKUT kena ketawakan oleh orang lain.

Yang dah capai target: Dahulu sebelum mencapai target, ada kertas di dinding target seminggu nak jumpa berapa orang, siap nama sekali siapa yang nak dijumpai.
Yang belum capai: Tiada lekat apa-apa kertas, TAKUT dinding kotor dan TAKUT nak jumpa kawan cerita pasal bisnes.

Yang dah capai target: Dahulu sebelum mencapai target, selepas join Tone Excel, tahu sikit-sikit sahaja tentang bisnes ini, esoknya mereka terus BERANI mempromosikan kepada orang lain. Yang mana tahu mereka terangkan, yang mana tak tahu, dengan BERANInya dia jawab tak tahu. Memang betul, untuk berkata terus terang dan untuk kata tak tahu, memerlukan KEBERANIAN.
Yang belum capai: Mereka masih memerlukan masa untuk belajar tentang Tone Excel ini, mereka masih TAKUT nak jumpa rakan-rakan atau saudara mara untuk mempromosikan Tone Excel ini. Mereka TAKUT tak dapat jawab soalan yang susah-susah. Mereka TAKUT kawan reject. Mereka TAKUT kena perli. Mereka TAKUT orang tak mau join bisnes kita. Selalunya selepas beberapa bulan, barulah mereka ini cuba-cuba promote pada orang lain atau sampai bila tak promote-promote kerana asyik dok fikir apa perlu dijawab.

Yang dah capai target: Dahulu sebelum mencapai target, apabila orang bertanya, “Sudah berapa banyak komisyen yang engkau dapat sekarang?” Dengan BERANI dia jawab, “Aku baru start, komisyen aku masih kecil lagi, tapi aku sangat yakin boleh capai emapt atau lima angka dalam masa setahun dua ini”.
Yang belum capai target: Pada peringkat permulaan, apabila orang bertanya, “Sudah berapa banyak komisyen yang engkau dapat sekarang?” Biasanya mereka TAKUT untuk jawab soalan ini, atau jawapan yang diberi dalam bentuk kiasan, “Ada la, banyak jugak”, atau “Lepaslah aku nak bayar duit kereta, duit rumah” dan bermacam-macam lagi jawapan yang berpusing-pusing.

Yang dah capai target: Dahulu sebelum mencapai target, mereka BERANI promote setiap hari dalam facebook. Kalau tak promote pun, mereka akan update cerita mengenai Tone Excel setiap hari dalam facebook mereka. Paling kurang pun sekali sehari dan mereka melakukan perkara ini selama 2 tahun, tak mengira samada ada orang join atau tidak. Promote Tone Excel, update Tone Excel, promote Tone Excel, update Tone Excel, promote Tone Excel, update Tone Excel, setiap hari.
Yang belum capai target: Promote Tone Excel sehari 10 kali selama sebulan, bila tak ada orang join, terus TAKUT, malas dan stop.

Yang dah capai target: Dahulu sebelum mencapai target, bila mereka promote Tone Excel pada orang lain, kalau orang itu tak mahu, mereka akan balik dan fikir “di mana salah aku tadi”, mungkin cara penyampaian tak elok, mungkin aku cerita kurang semangatnya, ok, next time aku akan lebih BERANI untuk baiki kelemahan ni.
Yang belum capai target: Dulu bila mereka promote Tone Excel pada orang lain, kalau orang itu tak mahu, mereka akan balik dan cerita pada orang lain, susahlah buat Tone Excel ini, member tu kata Tone Excel ni mahal, simkad dia mahal, dia cadangkan saya buat bisnes OneXoX, saya tengah fikir nak buat bisnes tu la rasanya. Menyebabkan dia serik dan TAKUT nak promote terus bisnes ini.

Yang dah capai target: Dahulu sebelum mencapai target, mereka selalu jawab call.
Yang belum capai target: Dari awal susah nak jawab call.

Yang dah capai target: Dahulu sebelum mencapai target, mereka BERANI fokus menaja level-1, menaja level-1, menaja level-1, menaja level-1 dan supply bahan bacaan seperti website, email, buku untuk bantu downline berkembang.
Yang belum capai target: Selalu bantu downline dengan membuat perjumpaan dengan mereka sehingga tiada masa menaja level-1. Mereka TAKUT nanti downline akan kutuk mereka kerana tidak membantu.

Yang dah capai target: Dahulu sebelum mencapai target, bila HQ ada buat pembaharuan, mereka akan support 200% walaupun pembaharuan itu tidak selari dengan pendapat mereka.
Yang belum capai target: Jika ada HQ membuat pembaharuan yang tidak selari dengan pendapat mereka, mereka akan komplain ke sana ke mari tentang perkara itu. Contohnya bila website Tone Excel dan tone plus digabungkan, sibuk mereka komplain tentang tak puas hati dengan website baru itu.

Kita tidak akan berjumpa seumur hidup sebuah kompani yang akan bergerak mengikut kehendak dan kemahuan kita, tetapi kita yang mesti belajar menyesuaikan diri dengan pergerakkan kompani tersebut.

“You cannot find the company that can suit you, you need to suit yourself.”

Yang dah capai target: Dahulu sebelum mencapai target, bila orang offer bisnes lain pada mereka, mereka akan BERANI berkata “Minta maaf banyak-banyak, ketika ini saya sedang fokus untuk mencapai target dalam bisnes saya Tone Excel ini, saya tak mahu hilang fokus”.
Yang belum capai target: Bila orang offer bisnes lain pada mereka, mereka akan kata “Boleh terangkan bisnes apa tu”. Mereka fikir kalau tak mahu dengar, TAKUT orang lain kecil hati.

Yang dah capai target:Adalah orang yang memilih sikap BERANI
Yang belum capai target:  Adalah orang yang memilih sikap PENAKUT.

Dahulu saya juga seorang yang PENAKUT, selepas saya BERANI mecahkan dinding tersebut, baru saya dapat melihat satu pemandangan yang lain dan merasai;
Betapa indah dan seronoknya, bila hidup tiada hutang. Tiada hutang kereta, rumah, orang, bank, Lembaga Hasil.
Betapa indah dan seronoknya, bila dapat membantu orang lain menjadi gembira.
Betapa indah dan seronoknya, dapat naik kereta idaman dan rumah idaman yang dibeli secara tunai.
Betapa indah dan seronoknya, tak perlu bekerja seperti orang lain, tak perlu kena marah dengan boss.
Betapa indah dan seronoknya, bila tidak perlu memikirkan pasal duit lagi, duit simpanan yang cukup, setiap 21hb walaupun tidak bekerja, duit akan ada ratusan ribu ringgit dalam bank akaun, tinggal cucuk sahaja bila nak pakai.
Betapa indah dan seronoknya, ketika Tuhan berikan ketenangan jiwa dan melapangkan dada dari kerisauan dan ujian sedangkan Dia jugalah yang memberikan ujian tersebut.

Nasihat saya, pecahkan dinding TAKUT itu, kerana disebelahnya, terdapat satu pemandangan yang sangat-sangat indah.

Daripada:
Mazelan Abas

Dapatkan simkad toneexcel pertama anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *