Sejarah dan Pengalaman memberi Pengajaran

Salam sejahtera untuk rakan2 Tone Excel semua.

Pemerhatian saya selama enam tahun di dalam bisnes Tone Excel ini.

Di sini saya ingin menunjukkan beberapa data sejarah Tone Excel yang baru memasuki tahun-7 dalam industri perniagaan telekomunikasi di negara kita. Semoga ada pengajaran yang boleh kita perolehi di dalamnya.

Disebabkan sumbangan anda semua yang mencorakkan turun naik prestasi Tone Excel, di mana pihak pengurusan hanya menunjukkan jalan dan memperbaiki dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik, tetapi jika kita semua tidak menggunakan kebaikan yang diusahakan oleh Tone Excel, maka kita tidak akan mendapat apa-apa manfaat daripadanya.

Data-data yang saya kongsikan di sini bukanlah data rasmi syarikat, tetapi hanyalah data yang saya kumpul sendiri berdasarkan pengamatan saya yang kurang jelas ini.

Pada permulaan Tone Excel ditubuhkan pada April 2010, ia meningkat pada kadar 5.2% pertumbuhan setiap bulan, di mana Tone Excel pernah dua kali mencapai jumlah pendaftaran tertinggi dalam bulan Jun11 dan bulan May12, di mana pendaftaran ketika itu menghampiri 6500 Pengguna Baru Simkad Tone Excel (PBST) sebulan.

Berbagai-bagai penambahbaikan yang dilakukan oleh pengurusan Tone Excel seperti, mengadakan bonus fast track sebanyak RM20. Beberapa kali meningkatkan komisyen Topup dari 6,3,11 kepada 10,3,13. Berbagai-bagai insentif, Bonus dan cabutan bertuah diberikan. Terbaru mulai 16 Januari 2017, bonus fast track di naikkan kepada RM25 selepas pelanggan baru membuat topup kedua sebanyak RM30. Boleh dikatakan terlalu banyak penambahbaikan yang di lakukan oleh Tone Excel.

Ketika pelbagai nikmat yang diperolehi dan sedang dinikmati, tanpa disedari, perlahan-lahan Tone Excel mula dipenuhi oleh berbagai-bagai perangai dan karenah ahli-ahlinya. Ada yang baik dan ada yang buruk. Yang berperangai baik dan mempunyai etika perniagaan yang bagus, mereka ini menyumbang kepada perkembangan Tone Excel seterusnya hingga ke hari ini, tetapi yang buruk pula, natijahnya memusnahkan diri mereka sendiri. Semoga ada pengajaran yang boleh kita ikuti dan diambil iktibar ke atasnya.

Di antara sikap, perangai atau cara kerja yang dianggap kurang tepat dalam perniagaan ini (pada pandangan saya, mungkin elok untuk sebahagian dari anda, bukan sesuatu yang ingin saya perdebatkan, hanya pandangan saya sahaja) ialah…

Tapi ingat, ini cerita dahulu, pada awal tahun 2012.

1) Cuba mempengaruhi orang lain untuk mendaftar di bawah mereka, dan ia terjadi pada sebahagian branch, dan SC. (Dulu tiada JC)

2) Ada agen yang tak suka jika downline mereka upgrade lebih tinggi daripada mereka. Jika berlaku juga, pasti mereka tak support lagi dah downline tersebut.

3) Pergaduhan sesama agen, ada sahaja punca yang menyebabkan agen bergaduh, bermasam muka sesama sendiri. Berbalas-balas kecaman dalam facebook. Branch dengan Branch. Branch dengan SC. SC dengan SC, dan tak kurang juga agen dengan agen yang lainnya.

4) Menentang dan memberontak secara senyap dan secara jelas dengan apa jua kemajuan yang dibawa oleh pentadbiran Tone Excel dan tidak memenuhi cita rasa mereka. Mereka akan berjuang bermati-matian dengan slogan “Untuk menegakkan kebenaran”. “Untuk menuntut hak kami”. Apa punya sengal daaa!!!?

5) Ada juga IM yang suka mendaftarkan terlebih dahulu pesanan-pesanan simkad daripada downline mereka, dah siap daftar, dah siap dapat ID, dah siap buatkan satu sms, barulah mereka masukkan dalam sampul surat dan poskan kepada pembeli.

6) Semakin ramai yang menaja orang baru dengan membawa laptop atau ipad dan menunjukkan video-video tertentu kepada mereka.

7) Ramai orang yang mudah hilang fokus daripada menaja, kepada perkara-perkara yang tidak menguntungkan mereka. Ada yang merajuk kerana HQ naikkan harga simkad. Ada yang menghabiskan masa tak puas hati pasal downline dia kena curi dengan orang lain. Ada yang mengamuk-ngamuk pasal duit komisyen dia tak masuk, kerana lupa nak buat personal topup. Ada yang tak mahu meneruskan bisnes ini kerana port in tidak berjaya dan bermacam-macam lagi.

8) Ada yang buat website untuk promosi, bila ada yang berminat dan bila ada yang dah masukkan duit, simkad hingga ke hari ini tak sampai-sampai lagi. Tak kurang juga yang menipu dengan cara mengaktifkan simkad orang lain, lepas itu claim menggunakan simkad ganti, murah sikit. Macam ni punya penipu pun ada. Aduuu hai…

9) Ramai agen Tone Excel sendiri tidak menjadikan simkad ini sebagai line utama mereka. Mereka menjalankan bisnes Tone Excel tapi masih berbangga menggunakan Maxis, Digi dan Celcom.

10) Ramai juga yang menganggap saya ini sudah dikira berjaya, (tetapi saya tidak menganggap saya sudah berjaya, cumanya saya menganggap pencapaian saya hari ini adalah lebih baik dari sebelumnya dan saya sentiasa belajar untuk bersyukur atas nikmat ini). Cuma yang peliknya, bagi yang menganggap saya sudah berjaya dan datang pula untuk meminta nasihat saya, tetapi mereka tetap tidak ikut nasihat saya, malahan mereka hanya ikut nasihat dari orang yang mereka anggap tidak berjaya, siapa orang itu, “orang itu adalah diri mereka sendiri”.  Mereka sentiasa mendapat nasihat dari pemikiran mereka sendiri yang mana telah terbukti untuk kesekalian kalinya, pendapat itulah yang membawa mereka pada hari ini. “Tidak berjaya”. Ianya tidak memudaratkan saya kerana perkongsian nasihat tersebut adalah percuma tanpa bayaran. Jadi pasti tiada kerugian.

11) Meningkatnya orang-orang yang beranggapan yang merekalah yang membangunkan Tone Excel, tanpa dia Tone Excel akan lingkup. Sangat bahaya pemikiran sebegini.

12) Semasa jadi agen sibuk promosi untuk kembangkan perniagaan, sibuk taja orang di level 1, tetapi bila jadi JC, SC atau Branch, mula sibuk buat kerja admin, kerja pendaftaran, kerja pembetulan, tolong downline register untuk mereka, dah terlupa dan tak ada masa untuk taja orang level-1 lagi. Naik SC tak lama lepas tu, terus pening kepala, komisyen tak naik-naik, mana nak naiknya, sebab dah tak sponsor orang level 1 lagi. Tak ada masa.

Dan macam-macam lagi yang saya dah tak ingat.

Apa kesudah cerita ini?
Apabila Tone Excel perlahan-lahan dipenuhi oleh orang-orang yang hanya mementingkan diri sendiri dan tamak, maka hasilnya memang boleh dilihat pada graf peningkatan Tone Excel. Untung diperingkat awal, menurun dipertengahan jalan. Bulan Mac, April dan May 2012, adalah waktu pick untuk Tone Excel di mana PBST kesemuanya melebihi 6000 orang. Tetapi apabila sikap dan perangai buruk sudah ditanam pada awal 2012, maka ia mula membuahkan hasil pada Julai 2012. Mulai bulan tersebut PBST menurun sehingga 900 dalam bulan Dec12. Maknanya Purata Pendaftaran Sehari (PPS) hanyalah 30 orang sahaja. Aduss… “Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai”.

Sebahagian agen sudah tidak boleh dikawal lagi, mereka sangat mementingkan diri sendiri, dengan HQ pun boleh bergaduh, puaslah staff dimaki sana sini. Dengan agen bergaduh sesama sendiri, tak kira siapa betul siapa salah. Bagi saya ketiga-tiganya salah. Sebab mana ada orang yang nak mengaku salah dan minta maaf, kecuali insan yang ….. sahaja. Siapa orang ketiga? Kita yang hanya membiarkan adik beradik kita bergaduh sesama sendiri dalam Tone Excel ini.

Bertungkus lumus la pentadbiran Tone Excel cuba untuk membetulkan keadaan, berbagai-bagai cara diimplimentasikan, dibantu oleh agen-agen yang sentiasa bersama Tone Excel waktu susah dan senang, akhirnya Tone Excel berjaya membersihkan anasir-anasir dalaman, agen-agen yang tidak membawa apa-apa kebaikkan kecuali kemudaratan kepada diri mereka sendiri, orang lain dan syarikat. Mereka ini duduk di dalam Tone Excel semata-mata untuk diri mereka sahaja, mereka menaja bukan untuk membantu orang lain, tetapi hanya berpusatkan kepada $$$$ yang akan mereka perolehi. Guna apa cara sekali pun, tak kira cara baik atau cara jahat, janji dapat duit. Orang-orang ini yang telah dikeluarkan dari Tone Excel oleh diri mereka sendiri. Yang tinggal hanyalah rakan-rakan atau agen-agen yang menjalankan perniagaan ini dengan penuh hemah, beretika, sering bekerjasama dengan pentadbiran Tone Excel, membantu meningkatkan taraf perkembangannya. Akhirnya Tone Excel menemui rentak peningkatan, dari Feb13 hingga Feb14, ia meningkat pada kadar 42.1% setiap bulan hinggakan PBST dalam bulan Feb2014 mencecah tahap tertinggi iaitu 43,000 orang sebulan.

Result menerangkan segalanya. Jika trendnya menaik, itu petanda apa yang dilakukan semua betul dan menjadi. If you do what you are doing, you will get what you are getting. Hanya terusnya apa yang kita lakukan ketika itu semasa trend menaik. Saya pun tak perlu nak taip panjang-panjang macam ini.

Tetapi, sesuatu yang berlaku menyebabkan saya perlu memberi sumbangan walaupun sedikit pada suatu perkara yang saya nampak macam tak kena. Tak kiralah jika sumbangan saya ini memberi kesan atau tidak.

Mulai March14, PBST menurun kepada 30,000 orang. April14, kepada 25,000 orang. May14 naik sikit 26,000 orang dan June14, jatuh lagi kepada 18,000. Soalannya, kenapa dari 43,000 tinggal 18,000 orang?

Saya terpaksa membuka kitab sejarah Tone Excel, dan cuba bercongak-congak punca penurunan tersebut. Rupanya sejarah tidak pandai berdusta. Sejarah lama berulang kembali. Dalam Tone Excel sudah mula ada orang yang memiliki sikap tamak dan mementingkan diri sendiri, (Ya Allah, jauhi saya dan kesemua rakaniaga Tone Excel yang lain dari sikap ini… Amin).

Lama dah saya tak dengar cerita-cerita pasal curi downline, mempengaruhi orang supaya register di bawah mereka sekiranya datang nak beli simkad dengan mereka. Duduk depan HQ atau pun berhampiran dengannya dan menyambar orang-orang yang nak pergi ke HQ. Pujuk mereka join bawah dia. Ada pula rakan-rakan lama yang mungkin sudah terlupa, macamana kita buat dulu, kalau ada downline kita kena ambil dengan orang lain, abaikan sahaja, fokus cara marketing kita, ada 26 juta pengguna handphone, kalau guna cara marketing yang ada, tetapi dapat sorang sahaja yang nak register, dan sorang tu pulak kena curi dengan orang lain, memanglah frust giler, tapi bukan salah orang yang curi tu (sebab pekerjaan utama dia memang sebagai pencuri), salah kita, apa punya cara marketing yang kita ada, ada sebegini ramai prospek, 26 juta orang, cuma sorang aje yang kita dapat. Kena sapu dek orang pulak tu, padan muka kita, dan sepatutnya kita perbaiki cara marketing kita, tapi tidak, kita habiskan masa yang kita ada berperang dengan pencuri tu. Nak memperjuangkan hak, rasanya la. Tanpa kita sedari, pencuri berjaya mencuri fokus yang kita ada, walaupun dalam kita berhati-hati.   

Lama dah saya tak dengar cerita-cerita pasal orang bergaduh dengan staff di HQ, marah-marah mereka, sekarang dah mula kedengaran.

Lama dah saya tak dengar cerita-cerita pasal orang aktifkan simkad dahulu, kemudian baru hantar pada pelanggan, sekarang dah mula kedengaran.

Lama dah tak dengar cerita pasal orang terpaksa stay back sampai pukul 3 pagi, semata-mata dan key in borang pendaftaran baru. Tak lama dia akan give up buat kerja sedemikian pasal komisyen tak naik-naik, tapi problem pendaftaran dan teknikal pula yang meningkat.

Kesemua 12 kisah di atas yang terjadi satu ketika dulu sudah mula kedengaran sikit-sikit dan sedang berlaku sekarang ini. Memang api tersebut tidak semarak dulu, tetapi bara tersebut sudah mula menjadi api.

Hasilnya, kepada yang mempunyai perangai seperti di atas atau sebahagian daripada di atas, soalan saya, adakah komsiyen topup anda memuaskan hati atau seperti apa yang diharapkan. Adakah grafnya seperti graf bisnes MLM yang lain, naik diperingkat awal, selepas itu turun dan kemudiannya hilang entah ke mana? Atau kita masih lagi sibuk menyalahkan orang lain kerana komisyen tak naik-naik.

Nasihat saya kepada diri saya dan rakaniaga yang lain, ambillah pengajaran dari melakukan kesilapan yang tidak membawa apa-apa faedah kepada kita dan orang lain, di mana kesilapan tersebut telah pun berlaku satu ketika dulu, mungkin kita sebagai pelakunya atau pun orang lain. Dan pengajarannya juga sudah kita lihat atau kita dengar, jangan ulangi perkara yang sama lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

Belajar dari kesilapan lalu.
Lebih baik dan manis jika kita membaiki kesilapan diri dari kita merasakan sakit dan pahit apabila diperbaiki oleh orang lain.

Semoga kita semua beroleh kejayaan dalam wadah Tone Excel ini. Amin

Daripada
Mazelan Abas

Dapatkan simkad toneexcel pertama anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *