Fokus kepada Pendapatan Pasif dalam Tone Excel

Selamat sejahtera, semoga sentiasa sihat semuanya?

Hari ini saya didatangi oleh seorang sahabat dari Johor. Dia datang melawat kakaknya di Damansara, jadi sementara dah ada di KL ni, terus datang untuk menziarahi saya. Dia seorang Sevice Center dan juga seorang internet marketer. Dia promote tone excel menggunakan website, jadi selalulah dia dapat pelanggan melalui website beliau.

Dia tanya saya, kenapa En Mazelan tak galakkan jika saya dapat pelanggan nak join tone excel, saya akan registerkan sendiri secara online, saya buatkan satu sms, lepas itu baru saya pos kepada pelanggan tersebut.

Saya tanya dia, kenapa tuan buat macam tu? Dia kata, takut mereka tak registerkan simkad tersebut, takut mereka salah register, takut mereka register di bawah orang lain, rugi lah saya En Mazelan.

Saya kata, kalau tuan buat macam tu, di mana apabila simkad itu sampai ke tangan mereka, mereka tidak tahu cara nak mendaftar, mereka tidak tahu kegunaan idp, pukul rata, mereka tak tahu apa2 cara nak kembangkan perniagaan ini. Tuan hanya akan dapat pengguna sahaja. Pengguna tidak berkembang, mereka akan guna sahaja.

Dia tanya saya, dulu En Mazelan buat macamana?
Dulu, kalau dapat pembeli simkad melalui website, saya akan poskan simkad tersebut bersama satu naskah penerangan cara untuk mendaftar menggunakan SMS. Kalau mereka tak faham juga penerangan tersebut, saya minta mereka call saya terus semasa nak mendaftar dan saya akan terangkan lagi caranya sehingga dia faham. Dengan cara itu mereka tahu cara untuk mengembangkan bisnes ini, dan mereka akan jadi tenaga pengajar di tempat mereka. InsyaAllah network mereka akan berkembang.

Tak rugi ke kalau mereka register bawah orang lain?
Tuan, kalau saya jual 10 keping simkad kepada 10 orang yang baru yang nak menjadi pengguna tone excel ini, sekiranya 2 orang register bawah orang lain, bukan bawah saya, saya masih tinggal 8 orang yang tahu mengembangkan network mereka, berbanding dari kesemua sepuluh sepuluh yang tak tahu untuk berkembang langsung. Mereka ini kebanyakkannya join tone excel pasal nak buat duit, tapi kalau nak registerkan orang baru pun tak pandai, cara sms pun tak pandai, selepas empat lima bulan, sebahagian besar mereka akan campak simkad tone excel ke dalam tong sampah, pasal mereka tak nampak pun simkad ini boleh buat duit.

Sebab itu tuan, walaupun saya yang cipta cara sms ini, tetapi saya tak pernah registerkan walaupun seorang. Saya nak orang baru register sendiri, dan saya sebagai coach sahaja di peringkat awalnya. Bukan payah sangat nak belajar cara sms ini. Saya akan ajar sehingga mereka dapat reply sms, sehingga mereka kata, “Senangnya cara nak daftar ini”. Sekiranya mereka cakap macam tu, maknanya saya sudah berjaya transfer duplikasi untuk kembangkan bisnes ini.

Di sini saya ada siapkan satu kemudahan, katalah tuan tengah buat sponsoring dekat kedai kopi, lepas tu tuan registerkan seseorang dengan cara SMS, biasanya kena tunggu 1 jam, tapi mungkin tuan nak cepat dapat reply sms, mungkin kawan tesebut pun nak cepat balik, ada kerja lain la katakan, saya benarkan tuan call terus DEC (01115081515 atau 01115091515) minta tolong mereka percepatkan pendaftaran anda, pasti mereka tolong tuan. Kan mudah.

Satu lagi petua saya nak kongsikan di sini. Beberapa bulan yang lepas, saya balik kampung isteri saya di Kelantan, tiba-tiba ada seorang tu berminat utk menyertai tone excel di Pasir Mas. Dia dapat CD promosi dari saya sebelum ini. Cantik la, sebab saya masa tu memang ada di Pasir Mas. Saya pun terus singgah rumah dia, dan dia kata, dah tengok CD tersebut satu keluarga, dan sekarang satu keluarga nak join, jadi dia nak beli terus 10 simkad. Saya kata pada dia “Tuan, saya tak jual 10 simkad, saya jual sekeping sahaja”. Dia pun terpinga2 kerana dia lihat masa tu saya memegang hampir 150 simkad.

Saya hanya ambil sekeping beri kepada dia, dan ajar cara pendaftaran guna SMS sehingga dapat reply. Siap, sampai dia kata “Senangnya cara nak daftar ini”.

Lepas tu dia tanya saya, macamana saya nak dapat simkad, ramai lagi nak join ni. Saya tanya dia, tuan tahu guna internet tak, kalau tahu tuan pergi sahaja ke toneexcel(dot)com klik di contact us, cari senarai branch, service center atau junior center yang duduk di Pasir Mas, dan beli 9 keping lagi dengan mereka.

Jika tak tahu guna intenet, tuan SMS sahaja code ini “ASP Pasir Mas” ke 014-705 7769. Dia pun buat SMS tersebut, dan tak lama dia dapat reply senarai nama dan no phone Agen Penjual Simkad (APS) di Pasir Mas dan saya suruh dia contact sapa2 yang berhampiran dengan tempat tinggal dia untuk beli simkad daripada mereka. Selepas proses pembelajaran tersebut, saya pun tinggalkan dia.

Selang dua minggu saya lihat dalam geneologi saya, network sahabat saya ini berkembang dengan baiknya. Saya pun call dia, dan dia pun bercerita bagaimana networknya berkembang. Salah seorang adik dia mengajar di Perlis, dan network dia pun dah berkembang, kerana dia tahu cara nak beli simkad di Perlis/Kedah.

Rakan2 cuba lihat, kalau saya jual terus 10 keping simkad kepada dia tempoh hari, tentu dia tak tahu cara nak beli simkad dari APS yang berhampiran. Biasanya tentu kita suruh mereka bank in kan pada kita dan kita poskan. Berapa lama simkad nak sampai ke tangan dia, kalau saya poskan? Mungkin 3 hari dan mungkin juga seminggu. Ini bermakna cara saya sendiri yang menyebabkan network saya tertangguh untuk berkembang.

Ramai daripada kita mengejar untuk dapat untung runcit jual simkad. Rakan2, jangan lupa, untung jual simkad sekali sahaja, atau setiap kali ianya terjual, tapi komisyen topup adalah untung pasif, untung berkali-kali. Kalau network berkembang, bermakna komsiyen anda juga berkembang.

Satu lagi dengan cara ini, saya tak perlu simpan stock yang banyak di tangan, tak perlu keluar modal besar utk simpan stock, dan yang bagusnya, kita dapat membantu rakan2 APS, tak kira branch atau SC atau JC, membantu menghabiskan simkad mereka, dapat juga mereka untung runcit jual simkad.

Untuk memahami konsep ini, saya nak tanya satu soalan, “Jika downline diwajibkan beli topup daripada anda, agak2 bisnes ini boleh berkembang atau tidak?”. Confirm jawapnya tak boleh. Nak beli topup kena jumpa kita! Memang tak boleh buat bisnes ini. Kalau kita duduk di KL, donwline kita duduk di Sabah, nak beli topup RM10 sahaja, kena bank in kat kita, tunggu kita reloadkan handphone mereka, memang tak boleh jalan bisnes ini, tapi disebabkan mudah untuk dapatkan reload, belilah kat mana2 kedai jual topup, sure ada topup tune talk punya, maknanya mudah nak dapat reload, maka bisnes ini mudah nak berkembang.

Macam itu juga, kalau mudah untuk kita dapatkan simkad, maka mudahlah bisnes ini nak berkembang, kalau habis simkad asyik nak kena bank in dalam akaun saya, lepas tu tungu 4/5 hari baru dapat simkad, memang susah lah network kita nak berkembang. Itu konsep dia !.

Itu sebabnya komsiyen topup saya mencecah beratus-ratus ribu setiap bulan, kerana saya tak fokus kepada untung runcit jual simkad. Saya hanya cari jalan macamana mudah untuk buat bisnes ini, dan bila saya jumpa cara tersebut, saya akan ajar mereka guna cara yang sama, bukan kita buatkan untuk mereka. Duplikasi adalah pemangkin perkembangan network anda.

Satu lagi, semasa saya buat penajaan, saya akan terangkan betapa jimat guna simkad tone excel, saya akan buat pengiraan dan perbandingan antara tone excel dan telco yg mereka pakai sekarang, sehinggalah mereka sedar yang menggunakan simkad tone excel adalah lebih jimat. Cerita buat duit biasanya last sekali, itu pun tak berapa saya tekankan sangat.

Kalau anda sibuk cerita guna simkad tone excel ini boleh jadi kaya, boleh dapat duit banyak, kalau mereka tanya berapa anda dapat sekarang? macamana nak jawab kalau komisyen tuan masih tak ada lagi, mau terbelit2 lidah nak menipu. He he he.

Harap2 perkongsian ini ada manfaatnya.

Terima Kasih Kembali.

Mazelan Abas

Dapatkan simkad toneexcel pertama anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *