Peringkat-peringkat Pembelajaran Dalam Pasif Income

Buat duit dengan handphone 100% onlineSalam sejahtera sahabat2 semua,

Ada beberapa rakan call saya dan bertanya saya tentang cara saya buat bisnes internet ini. Ada juga yang bertanya samada En. Mazelan tak buat ke kursus mengajar online marketing, kalau ada mereka nak join, walau pun berbayar. Saya kata dulu saya buat, sekarang dah tak buat lagi. En. Mazelan belajar kat mana semua ni? Saya belajar sendiri dekat google dan youtube. Senang ke buat tone excel cara online ini? Saya dah tak larat nak buat offline, saya nak belajarlah cara online. Dan macam2 soalan dikemukakan.

Di sini biar saya kongsi sikit pendapat saya, boleh untuk difikirkan bersama. Sama2 berkongsi ilmu online marketing.

Tingkatan pelajaran untuk buat bisnes pasif income

Dulu masa mula2 saya belajar buat bisnes, saya setkan beberapa standard yang perlu saya capai untuk meningkatkan kemajuan diri saya sendiri. Waktu itu apa2 yang boleh difikirkan dengan standard yang tidak waras, saya setkan sebagai target. Antara target dan standard yang saya setkan dahulu.

Peringkat-1: Offline Marketing (Sekolah Rendah)
Target: Dapatkan seorang pelanggan dalam masa seminggu.
Pelajaran dan Peraturan: Saya kena cari jalan untuk menaja seorang dalam seminggu menggunakan cara offline. Buat appointment, jumpa mereka face to face dan tawarkan produk kita.
Kelulusan: Berjaya menaja seorang seminggu selama 8 minggu berturut-turut.
Jika lulus peringkat ini, baru bergerak pada peringkat-2, jika gagal, duduklah diperingkat-1 sampai bila-bila. Jika sampai bila2 pun tak lulus, kena terima hakikat yang saya telah buat keputusan nekad, tiada siapa boleh ganggu keputusan saya itu yang saya bersetuju dan bertekad untuk jadi kuli orang sampai tua nanti.

Peringkat-2: Online Markerting (Sekolah Menengah)
Target: Dapatkan seorang pelanggan dalam masa seminggu.
Pelajaran dan Peraturan: Saya kena cari jalan untuk menaja seorang seminggu dengan keadaan tidak boleh berjumpa dengan prospek langsung, tidak boleh face to face walau pun dia duduk disebelah rumah. Hanya boleh Call dan email saje. (Masa tu wechat, wathapps bagai, memang tak ada lagi)
Kelulusan: Berjaya menaja seorang seminggu selama 8 minggu berturut-turut.
Jika lulus peringkat-2 ini, baru bergerak pada latihan peringkat-3, jika gagal, kena repeat peringkat yang sama.

Peringkat-3: Full Online Marketing (Peringkat Universiti – Degree)
Target: Dapatkan seorang pelanggan dalam masa seminggu.
Pelajaran dan Peraturan: Saya kena cari jalan bagaimana untuk menaja seorang seminggu dalam keadaan saya melarang diri saya dari berjumpa dan menghubungi prospek langsung. Jumpa tak boleh, berhubung pun tak boleh, huh cari le jalan macamana nak sponor orang dengan kekangan sedemikian.
Kelulusan: Berjaya menaja seorang seminggu selama 8 minggu berturut-turut.
Jika lulus peringkat-4 ini, baru boleh bergerak ke peringkat-4, jika gagal, ulang dan ulang dan ulang sampai lulus.

Peringkat-4: AutoPilot Marketing (Peringkat Master)
Target: Dapatkan seorang pelanggan seorang dalam masa seminggu.
Pelajaran dan Peraturan: Saya kena cari jalan bagaimana untuk menaja seorang seminggu dalam keadaan saya tidak boleh sentuh langsung komputer/laptop dan sewaktu dengannya. Contohnya seminggu tak boleh buka laptop, duduk dikawasan tak ada line langsung, dan saya masih boleh menaja seorang dalam seminggu. Itulah tahap yang saya nak sangat2 capai ketika itu.
Kelulusan: Berjaya menaja seorang seminggu selama 8 minggu berturut-turut.
Jika lulus peringkat-4, baru boleh naik peringkat-5, peringkat yang tertinggi didalam kotak pemikiran saya.

Peringkat-5: Full AutoPilot Marketing (Peringkat PhD)
Target : Dapat melahirkan seorang Master dalam masa 1 tahun.

Saya sudah lulus Peringkat-4, (senang le lepas, saya yang set, saya yang luluskan, saya jadi juri, saya juga yang jadi pemain, senang nak ngelat), masih belajar di Peringkat-5, tapi sememangnya teruk untuk melepasi setiap standard (notch) yang ditetapkan. Ada peringkat yang mengambil masa bertahun untuk lulus, saya asyik fail sahaja. Tetapi jika saya lulus setiap peringkat, saya akan berasa amat puas hati. Dan akhirnya, inilah saya pada hari ini, yang telah saya rancang untuk menjadi apa yang saya mahu pada suatu ketika dulu. Kerana jika saya gagal merancang, saya sebenarnya merancang untuk gagal. Saya telah merancang untuk membentuk diri sendiri dari dahulu lagi, kerana jika tidak, orang lain akan merancang untuk membentuk diri saya ini. Sekarang tinggal 1 peringkat sahaja untuk saya lepasi. Mudah2an berjumpa jalan dan caranya.

Untuk anda, setkan target dan standard anda sendiri untuk dicapai. Kalau pakai standard saya, mungkin terlalu tinggi dan mungkin juga terlalu rendah, bergantung kepada kemahuan anda sendiri.

Hidup mesti kena ada setting standard. Rise your standard every time you feel its low, how are you gonna hit one if you have none.

Terima Kasih.
Mazelan Abas

Dapatkan simkad toneexcel pertama anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *