Petua Sifu Mazelan Abas

Kempen InsentifPetua-petua yang saya berikan di bawah ini adalah perkara-perkara yang saya buat dan amalkan. Hasilnya adalah apa yang saya perolehi hari ini. Jadi, itulah jalan yang saya jumpa dalam perniagaan Tone Excel ini dan jika anda melalui jalan yang sama, pasti anda akan sampai ke tempat yang sama.

1) Pakailah satu line sahaja

Guna line tone excel, jangan ada dua tiga line. Tak kiralah nak kekalkan nombor lama atau nak guna terus nombor tune talk. Yang penting guna satu line sahaja.

Jika anda ingin berniaga Tune Talk, amat tidak sesuai jika anda menggunakan simkad jenama lain. Sehinggalah anda dapat merasakan “Ini adalah perniagaan saya” barulah anda berada di landasan yang betul. Terima seadanya kelebihan dan kekurangan tune talk ini. Tak perlu dibanding-bandingkan dengan line yang lain.

Sudah ramai saya jumpa rakan-rakan yang masih menggunakan beberapa line lain dan mereka tidak jadikan tune talk sebagai line utama. Rasionalnya, bagaimana kita boleh menjiwai dan menyayangi produk kita sendiri, jika kita masih menggunakan produk orang lain. Tuan-tuan jual sayur di pasar, tapi bila isteri dan anak-anak nak makan sayur, anda beli sayur di kedai orang lain. Sampai bila-bila pun perniagaan anda tidak boleh maju. Anda penjual burger, bila anda nak makan burger, anda beli dekat kedai burger di sebelah. Agak-agaknya bisnes burger anda boleh maju atau tidak?

Bila tune talk ini jadi simkad sampingan, bukan simkad utama, itu yang selalu lupa nak topup, simkad hilang kerana lupa letak. Yang bagusnya simkad hilang sudah dua bulan, baru teringat nak cari, bila check di HQ, akaun dia sudah diterminate. Jika dia dah ada downline, komisyen akan terlepas. Lepas tu mengamuk dekat HQ dan  kata HQ, upline dan En. Mazelan tak mahu tolong. Orang macam ini pun ada juga. Dia lupa topup, semua orang salah pasal tak mahu tolong. Pening saya. Sekiranya mereka pakai satu line sahaja, pastinya perkara ini tidak akan berlaku. Tidak akan terlupa topup dan kalau simkad tu hilang, pasti dia akan mengelabah untuk menggantikannya dengan cepat. Maka, dia sentiasa akan menjadi pengguna tone excel dan dalam masa yang sama dia tetap berada di dalam program ini.

2) Top up seperti mana kita topup dahulu.

Jika dahulu anda biasa topup RM30 setiap bulan, maka bila anda sudah jadi pengguna tone excel dan menjadikan tone excel sebagai perniagaan anda, topuplah RM30 juga. Jika dahulunya anda topup RM100 pada line jenama lain, sekarang topup lah RM100 pada bisnes anda sendiri. Ia tidak menambahkan apa-apa beban kepada anda.

3) Hadiahkan setiap downline anda di Level-1 dengan satu buku panduan.

Photostat buku panduan beberapa copy, dan berikan kepada rakan-rakan anda.

Jangan sesekali anda bercadang untuk memberi khidmat terbaik pada downline anda dengan cara yang salah, kerana jika anda amalkan, anda akan terlingkup atau tersingkir dari perniagaan ini lebih cepat dari apa yang anda boleh fikirkan.

Jangan buat cara MLM yang biasa tu. Bila dapat downline, jaga bagai nak rak. Bila downline minta tolong, “Boleh ke you tolong terangkan pada kawan saya malam ini, saya tak reti cakap la, maklumlah baru join“. Kita punya la excited, boleh saje.

Malam berikutnya kita pun pergi, tolong terangkan pada rakan downline kita, kesudahannya dia tak masuk. Anda habis duit bayar mee goreng tiga pinggan. Itu baru seorang downline, kalau 10, kalau 100, kalau 1000 semua buat perangai macam tu, macam mana? Jangan kata seribu, baru nak masuk 20 orang downline macam tu, confirm anda dah tutup handphone dan tak buat lagi bisnes ni, pasal tak tahan. Selepas tu, dengar cerita dah jual kopi pulak, bisnes MLM baru, lagi best! Masuk pakej RM7,500 tak sampai setahun boleh kaya. Sekarang ni dah masuk 2 tahun, datang semula jumpa saya, nak join tone excel balik yang pakejnya hanya RM100. Hampeh Betoi!

Berikan satu buku panduan pada setiap seorang downline anda di Level-1. Beri mereka pancing, jangan beri mereka ikan. Suruh mereka berdikari. Tuan-tuan dan puan-puan semua, akak-akak, abang-abang, kalau taukeh pengeluar mesin basuh itu sendiri perlu mengajar setiap pengguna mereka cara-cara nak menggunakan mesin basuh tersebut, mati la dia, sebab itu mereka buatkan “Buku Manual” cara-cara nak menggunakan alat itu. Baru mereka boleh buat banyak-banyak mesin basuh. Kalau tidak mereka boleh buat lima bijik saje, lepas tu tutup kilang.

4) Ambil sekeping kertas A4 putih, tulis dengan marker pen.

“Terima Kasih Tuhan, Terima Kasih Tuhan, Terima Kasih Tuhan kerana saya dapat sponsor 400 orang pada level pertama saya dalam masa yang singkat”

Setiap pagi, selepas sembahyang ke, sebelum pergi kerja ke, sebelum sarapan ke, baca ayat di atas. Baca setiap pagi. Baca setiap hari.

Dengan cara ini, anda akan mula berasa hairan dan terkejut, kenapa anda secara beransur-ansur menjadi orang yang sangat rajin, tidak mudah patah semangat dan tidak termasuk dalam golongan orang yang hangat-hangat tahi ayam.

5) Ambil sekeping kertas lagi dan tulis 3 sebab kenapa anda MESTI mendapatkan RM30,000 setiap bulan.

Dah siap tulis, tampalkan di bawah kertas yang pertama tadi.

Dengan cara ini, anda akan mula berasa hairan dan terkejut, kenapa secara beransur-ansur anda akan menjadi orang yang sangat positif, sangat fokus, dan mula tidak mengendahkan perkara-perkara negatif. Kalau dulu anda sering mencari alasan untuk tidak berjaya, sekarang anda mula ke arah positif.

6) Letakkan target untuk anda capai.

Ramai orang mengejar impian mereka di dalam tone excel ini tanpa ada target tertentu. Kesudahnya mereka bekerja berdasarkan semangat, bila semangat hilang, impian pun pudar bersama kabus di pagi hari. Di sini saya berikan contoh-contoh target yang perlu anda ada.

  1. Dalam setahun saya mahukan 400 orang mendaftar di Level 1 saya.
  2. Saya ingin buat presentation kepada 3 orang baru setiap minggu selama 2 tahun.
  3. Saya inginkan pendapatan sebanyak RM5,000 dalam masa 1 tahun ini.

Ini merupakan contoh-contoh target yang perlu anda ada. Jadi sekarang anda kena tetapkan target anda sendiri. Jangan letak target yang rendah, kerana sebenarnya ramai orang gagal kerana meletakkan target yang rendah, dan apabila mereka mencapainya, mereka sudah tiada lagi arah nak di tuju. Target biar tinggi, dan cuba sedaya upaya untuk mencapainya. Kalau tercapai, siapa yang untung? Anda dan keluarga anda juga.

“Aiming to land on the star, if you miss, you will be landed on the moon”. – Mazelan Abas

Yang lebih malang, ramai di antara kita langsung tidak ada target. Buat bisnes ini hanya berdasarkan cerita upline yang memberikan cerita-cerita menarik dan penuh semangat. Buat bisnes ini boleh jadi kaya cepat dan disebabkan pengaruh cerita tersebut, kita pun buat secara membuta tuli. Bila buat dua tiga bulan, komisyen yang diperolehi tak sampai RM50, duit habis beribu ringgit, kita pun mula mencari sebab untuk tidak mahu meneruskannya. Angan-angan hilang. Puncanya kita bekerja berdasarkan cerita dongeng, bukan berdasarkan target. 

Ramai orang tidak mahu letak target, kerana tidak yakin untuk mencapainya. Sedangkan sebenarnya anda sangat-sangat mampu mendorong ke arah itu.

Kalau tak percaya, cuba rakan-rakan lihat keadaan kita di tempat kerja. Jika boss beri kita target atau satu tugasan, kadang-kadang tugasan itu amat berat untuk dilaksanakan. Disebabkan tekanan takut kena marah dengan boss, kita “terpaksa” buat dengan hati yang “rela”. Kadang-kadang time frame yang diberikan pun tak masuk akal, tapi dengan tekanan yang datang dari arah kiri dan kanan, akhirnya tugasan tesebut berjaya juga diselesaikan.

Cuma persoalannya, jika tugasan itu selesai, siapa yang untung? Sudah tentu kompani yang akan untung banyak di atas hasil kerja kita. Sekarang, kita tukarkan tekanan tersebut kepada tekanan target kita sendiri. Contohnya, anda ingin 400 orang di Level 1 dalam tempoh dua tahun. Cuba anda sendiri beri tekanan kepada perkara tersebut. Cuba buat perkara itu seolah-olah boss kita yang bagi kerja. Katalah dalam dua tahun kita berjaya capai target tesebut, soalannya sekarang, siapa yang untung? Andaaaaaaaaa jugak yang untung. Apa tidaknya, mungkin ketika itu komisyen bulanan anda sudah mencecah RM10,000 atau RM15,000. Waktu itu anda boleh tersenyum lebar dan mungkin anda berkata “Betul pulak cakap orang bengong macam En Mazelan tu”.

Kesimpulannya, kerja kita di dalam Tone Excel ini adalah sentiasa menambahkan Level 1 kita tanpa memikirkan apa-apa alasan yang lain. Tambahkan sehingga anda puas hati dengan komisyen bulanan anda dan waktu itu anda boleh berhenti mempromosikan kepada orang lain.

Buatkan satu target, dan rancang untuk mencapai target tersebut. Jika anda gagal merancang, anda sebenarnya merancang untuk gagal.

7) Attitude yang betul. Jangan sekali kali amalkan sifat mementingkan diri sendiri dan menipu orang lain.

Inilah perangai atau perbuatan yang paling cepat untuk menyingkirkan anda daripada mencapai pendapatan RM500,000 setiap bulan. Confirm cepat mati dalam bisnes ini, malahan bukan dalam bisnes ini sahaja, bisnes lain pun sama, dalam tempat kerja pun sama, dalam keluarga pun sama. Kalau tak percaya amalkanlah sifat tersebut, dan rasakanlah hukum karma kehidupan yang akan anda tanggung.

Banyak sangat contoh-contoh yang boleh saya berikan selama 5 tahun dalam bisnes Tone Excel ini.

Saya pernah jumpa, seorang yang sangat aktif di peringkat permulaan pembabitannya dalam program ini. Bulan pertama sponsor hingga 40 orang, selepas itu mula nak menipu, ambil duit prospek, selepas itu simkad tidak diberikan. Berminggu-minggu kawan tu menunggu, simkad tak sampai-sampai. Akhirnya dia terpaksa melarikan diri kerana dikejar ramai orang, minta balik duit. Bisnes ke mana, dia ke mana. Hidup jadi buruan orang. Adohai… RM100 pun nak tipu orang jugak ke? Boleh kaya ke dengan menipu ni?

Saya pernah jumpa seseorang yang kerjanya suka curi downline orang lain, kesudahannya, bila complain dah banyak sangat, HQ terus ban akaun dia, perjalanan dia di Tone Excel terbantut di tengah jalan. Kena cari bisnes lain pula.

Saya pernah berjumpa dengan orang yang sangat mementingkan diri sendiri. HQ tak boleh salah sikit, terus telefon dan marah sana sini. Bila HQ check, didapati dia punya salah, malu sendiri dan perhubungan pun jadi tak baik. Akhirnya, dia perlahan-lahan melenyapkan diri sendiri dari bisnes ini. Kena cari bisnes lain pula.

Ada yang baru join, perasan yang dia dah banyak pengalaman dalam MLM ini, perasan yang dia ramai downline dalam bisnesnya dahulu. Disebabkan itu, dia mula minta itu dan ini, mula komplain sana dan sini. Kesudahnya, buat bisnes ni, komisyen hanya dapat RM 172.50 sebulan selepas setahun menggunakan cara yang hebat tu. Salah siapa? HQ salah kerana tak dengar cakap dia dulu, kalau tidak, mungkin komisyen dia dah 40 atau 50 ribu sebulan. Adohai… hampeh… semua orang salah, dia tetap tak bersalah.

Saya sering mengingatkan diri saya sendiri dan rakan2 yang membaca hingga ke tahap ini:

“You can’t find the company that can suit you, you need to suit yourself” – Mazelan Abas

Saya cadangkan, kalau anda ada ilmu yang banyak dalam bisnes networking atau MLM ini, diam-diam sahaja. Buat bisnes ini betul-betul dan gunakan segala ilmu yang ada. Bila anda telah menghasilkan “keputusan yang baik” pasti ramai yang ingin menumpang ilmu anda tersebut. Anda tak perlu complain sana dan sini, minta itu dan ini. Yang pasti sebelum anda buka mulut minta sesuatu, HQ akan berikan kepada anda.

Attitude anda akan jadi penentu perjalanan hidup anda. Oleh itu, berhati-hati dan selalu periksa samada kita mempunyai attitude yang betul atau tidak.

Semoga dengan beberapa petua ini anda boleh mencapai apa yang diimpikan dan semoga ToneExcel mampu memberikan sesuatu untuk anda menikmati kebebasan kewangan.

8) Buat kerja sendiri, jangan sibuk dengan kerja orang lain, jangan sibuk menyalahkan orang lain.

Apa kerja kita sendiri?

Kerja pertama, dalami tentang perniagaan ini dahulu, cari maklumat sebanyak mungkin. Sumber untuk anda belajar, pertama dari upline anda, kalau dia sibuk dan tak ada masa, anda boleh belajar dari buku ini, anda boleh bertanya dengan HQ, anda boleh bertanya dengan saya, anda boleh bertanya dengan internet, dengan google, dengan youtube, macam2 sumber ada kepada yang mahu. Jangan sibuk menyalahkan orang yang tidak mahu membantu. Kalau saya sibuk, upline sibuk, HQ sibuk, pasti google dan youtube sedia membantu. Kedua-duanya adalah profesor serba tahu, tanya dia, pasti tidak kecewa.

Kerja kedua, setiap hari promote kepada orang baru, cerita lebih kurang, dia nak join atau tak nak, tiada masalah dan hadiahkan mereka satu buku ini (Yang bertulis nama dan no hp anda).

Kerja Ketiga, rajin-rajin jawab telefon. Kalau ada orang yang berminat dengan bisnes ini selepas membaca buku yang anda beri, tapi tiga empat kali call anda tapi tak berjawab, sudah tentu mereka yang sudah terlebih excited tidak akan tunggu, mula mereka cari orang lain dan join bawah orang lain. Kan dah melepas. Kita yang beri buku mereka join bawah orang lain. Kita mula sibuk menyalahkan orang lain. Orang itu salah, orang ini salah.

Yang paling ramai golongan yang gagal sebelum ini, adalah golongan yang menyalahkan upline. Ini paling ramai. Upline tak bantu lah, upline tak ajar lah, upline penipu lah, upline tak tahu apa-apa pun dalam bisnes ini. Mungkin ada betul dan ada yang salah dalam tuduhan itu, tapi yang nak berjayanya adalah kita, bukannya upline, jadi JANGAN KESAH itu semua. Kalau kita kesah, kesudahnya kita yang gagal bukan upline. Kita sibuk kerja kita, jangan sibuk kerja upline.

Golongan kedua yang paling ramai adalah golongan yang menyalahkan HQ. Management tak betullah, komsiyen lambat bayar lah, komisyen sikit la, kompani kecil la, tak yakin dengan kompani la. Ada juga yang tanya saya berapa lama tone excel ini nak tutup. Saya tanya balik, agak-agak umur tuan ada banyak mana lagi? Kalau tuan tak tahu, saya pun tak tahu.

Cara yang mudah untuk berjaya buatlah kerja kita sendiri, jangan sibuk dan buang masa mencari kesalah dan menyibuk kerja orang lain.

Dapatkan simkad toneexcel pertama anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *