Enemy for the Best is Always the Good

Selamat sejahtera, tak kemana-mana ke hari ini?

Beberapa hari yang lepas saya ada bertemu kawan yang dah lama buat tune talk/tone excel ini, dah hampir 3 tahun dia buat bisnes ini. Dia pun update saya cara dia buat, sangat bersungguh-sungguh. Dia sering mengadakan table talk. Dia sering mengadakan ceramah-ceramah kecil-kecilan di area Perak. Dia sering bantu downline dia ke sana kemari, dan dia boleh dianggap sebagai orang yang sangat membantu networknya untuk berkembang. Pendek kata dia sangat berkerja keras. Saya berkesempatan pergi salah satu ceramahnya di Manjung baru-baru ini, dan saya sangat teruja dengan cara dia memberi ceramah mengenai bisnes ini. Memang dia seorang penceramah yang berapi-rapi, memang hebat.

Yang lagi hebat adalah, macamana dia boleh konsisten dengan cara yang sedemikian. Bukan senang nak cari seseorang yang sedemikian rupa. Ramai orang pancit baru tiga empat bulan, tapi rakan kita itu masih melakukan cara itu sehingga minggu lepas. Masa dia berceramah tu, saya masih ingat kata-kata yang diucapkan.

“Rakan-rakan, kerja kita sangat mudah, hanya promote orang di Level 1 sahaja, kita tidak perlu risau di Level 2, Level 3, itu bukan kerja kita, kalau masing masing sibuk mengembangkan level 1 mereka, secara automatik keseluruhan network anda akan berkembang, anda akan lihat komisyen anda meningkat setiap bulan”.

Itulah di antara kata-katanya yang sangat betul, saya sangat setuju dan semua orang pun rasa sangat setuju.

Selesai sahaja memberi ceramah, dia ajak saya pergi minum di Lumut, dekat dengan Teluk Batik. Semasa bersembang, sempat saya bertanyakan soalan dan bertukar-tukar pandangan. Tetapi sesuatu yang mengejutkan berlaku, saya tanya dia, “Tuan punya komisyen bulan lepas sudah berapa tuan?” Dia jawap “Tak banyak Encik Mazelan, tak sampai seribu lagi”. Hah, tak sampai seribu? saya terkejut beruk mendengarnya. Tak kan orang macam ini hebat dan rajin, komisyen tak sampai seribu. Lalu saya tanya dia, “Bulan lepas tuan dah sponsor berapa orang di Level-1 tuan?”. Dia kata “Kosong Encik Mazelan, saya tak sempat nak sponsor orang level-1 saya, En Mazelan tengoklah sendiri, mana sempat, saya sibuk bantu downline saje”. “Habis tu, yang tuan bagi ceramah pukul gong suruh orang lain sponsor level 1 sahaja, tuan buat apa?”, dia diam seketika sambil terkebil-kebil. Saya kata lagi “Tuan suruh orang lain buat, tapi tuan tak buat”.

Saya sangat simpati pada dia, jadi saya nasihatkan dia “Kalau tuan nak ikut cakap saya, ikut, kalau tak mahu terpulang”. Dia kata “Saya nak ikut cakap Encik Mazelan, tapi salah ke cara yang saya buat selama ini?”. Saya kata “Tak salah, tapi tuan puas hati ke dengan komisyen yang macam tu?”, “Tak puas hati jugak Encik Mazelan”, jadi, sebenarnya…..

Jawapannya SALAH! Jangan Buat macam tu lagi!

Tuan sibuk bantu orang lain atau bantu downline, itu adalah BAIK, tetapi tuan tidak buat kerja tuan sendiri, iaitu sponsor orang di Level 1. Kerja tuan adalah sponsor orang di Level 1, dan itulah yang TERBAIK, sama seperti apa yang tuan cakapkan atas stage tadi sewaktu berceramah.

Ingat! Musuh kepada yang TERBAIK, biasanya benda yang BAIK-BAIK sahaja.

Jadi, mulai minggu depan, saya kata pada dia, stop buat ceramah-ceramah, stop bantu downline dengan cara sedemikian, tuan kena mula semula buat kerja tuan sendiri, iaitu SPONSOR orang di Level-1. Kalau tidak, itulah hasilnya, buat lebih kurang 3 tahun, komisyen tak sampai seribu ringgit.

Kerja membantu downline secara demikian adalah kerja yang BAIK, tetapi terlepas dan tak buat kerja yang TERBAIK untuk dia. Saya terus bagi target pada dia, mulai bulan ini, dia kena fokus, pecahkan otak dan pecahkan usaha untuk menaja paling kurang 14 orang setiap bulan. Buatlah kerja kita sekurang-kurangnya 2 tahun, selepas itu, bolehlah berhenti menaja kalau mahu, tak payah buat lagi, saya yakin pendapatan dia paling kurang pun akan cecah 5 ribu setiap bulan. Itu baru dinamakan pasif income. 2 tahun pertama tu bukan pasif income, kerana dia masih bekerja untuk kembangkan level 1. Itu aktif income.

Dia pun pening lalat bila tiba-tiba saya marah dan suruh dia berhenti buat ceramah. Cara terbaik nak bantu downline adalah dengan pastikan dia ada buku panduan selepas menyertai program ini, dan kedua kalau mereka call tolong jawab, jangan tak jawab.

Tanpa buku panduan, mereka terkapai-kapai, sikit-sikit mereka akan rujuk pada kita, kalau sorang dua tak mengapa, kalau 2000 – 3000 orang semua nak rujuk kat kita, maut rasanya, maka kita jadi orang pertama terkeluar dalam bisnes ini, tak larat nak bantu semua.

Pesan saya, jika ingin mendapat income terbaik dalam bisnes ini, buatlah perkara yang TERBAIK.

Terima kasih kembali.

Dapatkan simkad toneexcel pertama anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *