Manusia dengan ragamnya

Assalamualaikum semua…

Hari pertama saya menyertai perniagaan ini, lebih kurang pukul 5 petang pada 15.7.2010.

Malamnya selepas isyak saya call sahabat yang sponsor saya, tanya 1001 soalan mengenai perniagaan ini, macamana itu dan macamana ini, dan selebihnya saya cari sendiri jawapannya di internet. Sorang-sorang cari jawapan, search sana dan sini, dan pada pukul 2 pagi saya mula buat website saya yang pertama mengenai tunetalk-toneexcel ini, (memang maklumat yang ada, kebanyakkannya tak berapa tepat) malam tu saya tak tidur sampai pagi, selepas subuh sambung semula buat website dan lebih kurang pukul 10 pagi (16.7.2010) website saya telah siap. http://toneexcel.biz (menggunakan hosting GDI),

Pukul 11 pagi iklan saya telah mula menjalar didalam facebook. Pukul 12 tgh, saya mula mengarang tiga email kempen untuk dimasukkan kedalam autoresponder saya (menggunakan Trafficwave) dimana saya memiliki beberapa ribu subscribers didalamnya. Setelah selesai dimasukkan barulah saya tidur pada pukul 2.00 petang. Petang baru bangun, dan malamnya saya bersiap untuk pergi ke pantai timur kerana mengadakan kursus bina website. Tetapi selepas itu setiap hari paling kurang sekali saya tembak didalam wall Home dan 20 groups facebook. Itu perkara yang saya lakukan setiap hari selama sebulan. Ia mengambil masa selama 15-20 minit utk saya melakukannya.

Respon diperingkat permulaan agak memberangsangkan, dalam minggu pertama sahaja saya dapat menjual 423 keping simkad secara offline dan online. Untuk tempahan dari internet saya poskan menggunakan pos ekspres, yang datang jumpa saya, saya serahkan by hand. Sehingga hari ini saya sudah mengedarkan beberapa ribu keping simkad tersebut.

Dalam pada masa tersebut, terdapat beberapa nama besar di dalam dunia internet marketing tempatan seperti Aridz, Mohd Syukri, Robert-Yash, telah mendaftar menyertai perniagaan ini, maka secara mendadak ia telah memberi kesan yang amat besar kepada perkembangan perniagaan Tone Excel. Sehinggakan CEO dan keseluruh Directors Tone Excel secara peribadi mengucapkan terima kasih dan syabas kepada group internet marketer yang memberi impact yang amat besar terhadap perniagaan ini.

Saya di sini juga ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan syabas kepada mereka kerana menjadi perintis teknik online internet marketing di dalam pembangunan perniagaan ToneExcel.

Seperti biasa, saya akan membetulkan ‘attitude’ dalam menjalankan apa jua perniagaan, samada online atau offline. Kerana perniagaan seperti ini anda akan terjumpa berbagai-bagai rintangan.

Attitude yang pertama: “Rajin dan consisten” Iaitu istiqomah dan sentiasa membuat promosi.
Bila bersimbang dengan rakan-rakan cerita tone excel, chat dalam YM cerita tone excel, sembang di Skype cerita toneexcel, rakan-rakan datang berjumpa saya, saya cerita tone excel, rakan-rakan ajak belanja makan cerita tone excel, jiran-jiran ajak sembang petang-petang cerita tone excel, kemana sahaja saya akan bercerita pasal tone excel. Non-stop.

Attitude yang kedua: Saya hanya bercerita kepada orang yang nak dengar, jika ada orang yang cakap “NO” saya cakap “NEXT”. Itu sahaja.

Biasalah, kita jumpa macam-macam ragam manusia, ada yang tanya bukan-bukan punya soalan.

Contohnya ada yang tanya:
“En Mazelan, tune talk ni ada lesen meniaga tak, boleh tunjukkan kepada saya”
Sudah tentu saya akan jawab “tak ada”

“En. Mazelan, katanya celcom pegang saham tunetalk 35%, boleh tunjukkan buktinya tak?”
Saya akan jawab “Tak ada”

“En. Mazelan boleh tunjukkan bukti yang toneexcel bayar kedalam akaun En Mazelan tak, sebab takut, bila buat nanti mereka tak bayar?”
Saya jawab “Memang mereka tak bayar”

“Habis mengapa En Mazelan buat juga bisnes tone excel ni”
Saya jawab ” Sebab saya cadangkan awak jangan join bisnes ni”

– Sebenarnya sebab utama saya tak ada masa untuk jawab soalan-soalan yang susah macam ni.
– Sebab ketika guru saya mengajar waktu sekolah dulu-dulu, kalau jawab soalan periksa, jawab soalan senang dulu, tinggalkan soalan susah.

Saya tak ada masa untuk melayan seseorang yang susah sebegitu, banyak sangat pantang larang untuk mereka merebut sesuatu peluang. Ramai lagi orang diluar sana yang akan nampak ini merupakan suatu peluang keemasan untuk mereka menyambarnya. Jika saya layan, akan banyaklah masa saya akan terbazir, sedangkan masih ramai, malah berjuta-juta yang berfikiran positif sedang menunggu kita untuk buka mulut sahaja kepada mereka, dan mereka akan ambil peluang ini. Kan jimat masa.

Orang Berjaya Hanya Melihat Peluang, Orang Gagal Hanya Melihat Alasan.

Heran juga saya, masa kita naik kapal terbang, tak pulak kita mintak bukti samada pilot tu betul-betul ada sijil bawa kapal terbang ke tidak. Kalau ada, adakah sijil yang dikeluarkan oleh sekolah memandu tu original atau tidak. Tak tanya ke, sekolah memandu tu ada lesen tak. Tak pulak tanya, samada trainer yang mengajar pilot tu ada certificate ke tidak. Kesudahnya jenuh… sampai bila tak naik kapal terbang tu.

Ini semua soalan-soalan yang datang daripada orang yang tak mahu buat bisnes, jangan bergaduh dengan mereka, jangan cuba nak menjawab soalan mereka, jangan buang masa pergi ke toneexcel dan minta mereka copy kan sijil perniagaan mereka, jangan membazirkan tenaga kita pergi ke celcom minta celcom bagi MOU dengan tunetalk. Buang maso – kata orang negeri sembilan – Tinggalkan mereka dengan cara baik. Habis cerita.

Saya habiskan banyak masa hanya untuk buat promosi, promosi dan promosi. Serta saya luangkan masa kepada sahabat-sahabat yang betul-betul nak buat. Itu sahaja. Sebab dengan mereka ini akan akan berjaya bersama-sama kita kalau kita semua consisten.

Dapatkan simkad toneexcel pertama anda sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *